NATIONAL
572 titik panas kebakaran terbuka dikenal pasti seluruh negara
Nor Hisham bercakap ketika sidang media pada Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.
SHAH ALAM: Sebanyak 572 kawasan dikenal pasti sebagai titik panas kebakaran terbuka di seluruh negara berdasarkan kekerapan kejadian sepanjang tiga tahun lalu, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad.
Ringkasan AI
Beliau berkata kawasan titik panas berkenaan dikenal pasti berdasarkan kekerapan berlakunya kebakaran di kawasan tersebut dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
Katanya Selangor mencatat jumlah tertinggi kebakaran terbuka, diikuti Johor, Perak, Kedah dan Sabah.
"Semua balai bomba dan penyelamat di kawasan berkenaan telah diarahkan untuk sentiasa bersiap siaga, khususnya dari segi logistik bagi memastikan tindakan segera dapat diambil untuk mengawal kebakaran pada peringkat awal," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Nor Hisham berkata pihaknya turut menjalin kerjasama dengan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi memanfaatkan aset masing-masing untuk operasi pemadaman secara lebih berkesan.
Beliau berkata setakat 15 Mei lalu, sebanyak 3,261 kes kebakaran terbuka direkodkan di seluruh negara, membabitkan kebakaran lalang (2,917 kes), hutan (229 kes), serta kebun dan ladang (115 kes).
"Jumlah ini menunjukkan penurunan berbanding tempoh sama tahun lalu, apabila sebanyak 9,535 kes dicatatkan setakat April 2024.
"Cuaca yang panas namun diselangi hujan membantu mengurangkan risiko kebakaran terbuka ketika ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Nor Hisham berkata sebanyak 130 unit kuarters bomba akan dibina di Kota Kemuning, dengan tender dijangka dibuka oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada Mac 2026.
"Pembinaan ini dijangka dapat menyelesaikan masalah penempatan anggota dan pegawai bomba, khususnya di daerah Sepang dan Petaling, termasuk Shah Alam dan Petaling Jaya.
"Ketika ini, terdapat 430 unit kuarters sedia ada di Selangor dengan 66 permohonan dalam senarai menunggu sejak 2023," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sebanyak 572 kawasan dikenal pasti sebagai titik panas kebakaran terbuka, dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi, diikuti Johor, Perak, Kedah, dan Sabah.
- Setakat 15 Mei 2025, sebanyak 3,261 kes kebakaran terbuka direkodkan, menunjukkan penurunan berbanding 9,535 kes pada tempoh sama tahun lalu, dengan kebakaran lalang menjadi kes utama.
- JBPM bekerjasama dengan PDT dan JPS untuk operasi pemadaman lebih berkesan, serta merancang pembinaan 130 unit kuarters bomba di Kota Kemuning bagi menyelesaikan masalah penempatan anggota.