58 kawasan catat bacaan IPU sederhana

Bernama
September 17, 2023 08:28 MYT
Pemandangan Jambatan Pulau Pinang yang kelihatan kabur berikutan keadaan jerebu yang melanda pada tinjauan kira-kira 9 pagi hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 58 stesen pemantauan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana, setakat 3 petang ini.
Berdasarkan data dalam laman sesawang Air Pollutant Index Management System (APIMS) kendalian JAS, kadar IPU di Cheras di sini mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 96, manakala di Shah Alam, Selangor dan Kuching, Sarawak masing-masing mencatatkan bacaan 91 dan 90.
IPU berskala antara 0-50 dikategorikan sebagai sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
-- BERNAMA
#kualiti udara #Jabatan Alam Sekitar #Indeks Pencemaran Udara #IPU #jerebu