58 lokasi di 8 negeri terjejas akibat hujan lebat berterusan - JKR

Faris Danial Razi
Disember 18, 2021 12:09 MYT
Bencana itu melibatkan lapan negeri iaitu Selangor, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah. - Gambar/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 58 lokasi di lapan negeri direkodkan terjejas dengan kejadian banjir, cerun runtuh, jalan serta jambatan rosak dan mendap, disebabkan hujan lebat berterusan, sejak semalam.
Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR), ia melibatkan Selangor (daerah Sepang dan Kuala Langat), Terengganu (Setiu dan Dungun), Kelantan (Machang, Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai).
Pahang (Temerloh, Raub, Bentong, Maran dan Kuantan), Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut Matang dan Selama), Kedah (Baling dan Yan), Johor (Kluang) dan Negeri Sembilan (Seremban).
Berikut adalah laporan bencana yang dikeluarkan oleh JKR setakat jam 6 petang Sabtu (18 Dis):

LAPORAN BENCANA PADA 18/12/2021 @06:00 PM Jumlah Bil Bencana= 58 lokasi 1. BANJIR KILAT= 5 lokasi 2. BANJIR= 33 lokasi 3. CERUN RUNTUH= 11 lokasi 4. JALAN RUNTUH= 7 lokasi 5. JALAN MENDAP= 1 lokasi 6. JAMBATAN ROSAK/RUNTUH= 1 lokasi pic.twitter.com/iIiQbX91gp

— JKR Malaysia (@JKRMalaysia) December 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, setakat jam 5 petang hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca bahaya tahap merah iaitu hujan sangat lebat berterusan di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang.
Di Selangor, antara daerah dikenakan amaran bahaya termasuk Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat.
#banjir #Selangor #Jabatan Kerja Raya #Jabatan Meteorologi Malaysia