awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa kedua lemas di Pantai Sura Tengah ditemukan
Insiden helikopter: Mohammad Zullfika dipindahkan ke 96 HAT Lumut
Tiga lelaki berkonvoi pulang dari Thailand antara ditahan AADK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

58 peratus Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung masih terbakar

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2022
12:20 MYT
58 peratus Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung masih terbakar
Hanya kebakaran di sektor empat daripada lima sektor membabitkan keluasan 6.5 hektar telah berjaya dipadam sepenuhnya. - Foto Bernama
NIBONG TEBAL: Kira-kira 58 peratus Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung di Ladang Byram, Nibong Tebal, masih terbakar selepas usaha pemadaman api memasuki hari ke-10 hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai perkara itu dalam satu taklimat yang dihadiri semua agensi terlibat antaranya, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan lain-lain.
Jelas beliau, ketika ini, hanya kebakaran di sektor empat daripada lima sektor membabitkan keluasan 6.5 hektar telah berjaya dipadamkan sepenuhnya.
Justeru katanya, operasi pemadaman akan diteruskan dengan memberi tumpuan di empat sektor iaitu sektor 1,2,3 dan 5 menggunakan kaedah pengeboman air (water bombing) serta timbunan tanah.
"Untuk memudahkan kerja, tapak pelupusan berkenaan dibahagikan kepada lima sektor bagi memudahkan operasi.
"Terkini sektor yang keempat sudah dapat dikawal dan boleh dikatakan sudah padam sepenuhnya. Sektor lain masih menjalankan operasi pemadaman, bukan sahaja melibatkan kakitangan dan pegawai bomba tetapi juga melibatkan majlis bandaraya dan juga tenaga kerja dari kontraktor," kata Chow dalam sidang media di Pusat Media Penerangan Dewan Serbaguna Jawi, Nibong Tebal pada Sabtu.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi JBPM negeri, Hafiz Hafizal Timaradin berkata, lokasi tapak pelupusan sampah yang berhampiran laut antara cabaran yang terpaksa dihadapi pihaknya dalam usaha memadam kebakaran.
"Cabaran kita ialah kedudukan tapak itu sendiri berdekatan dengan laut, jadi angin memainkan peranan, menyebabkan agak sukar untuk kita buat kerja pemadaman.
"Walau bagaimanapun pengawalan dapat dipertingkatkan, cuma akan ambil masa untuk kita membuat pulling di antara sektor 1 hingga 5," kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri, Hafiz Hafizal Timaradin.
Jelas beliau, tiada jangka masa boleh diberikan berhubung operasi pemadaman kebakaran di tapak tersebut kerana masih terdapat api di permukaan tanah selain tambunan sampah yang banyak.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#JBPM
#bomba
#tapak pelupusan sampah
#Pulau Burung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan