6 cedera nahas babit 9 kenderaan dekat tol Simpang Pulai

Aida Aziz
Mac 14, 2023 09:43 MYT
Kemalangan tersebut membabitkan tiga kenderaan pelbagai guna (MPV), sebuah treler dan lima lori. - Foto JBPM
IPOH: Enam cedera dalam kemalangan membabitkan sembilan kenderaan berhampiran tol Simpang Pulai, di sini hari ini.
Menurut Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shaharuddin Abd Ghani, kemalangan tersebut membabitkan tiga kenderaan pelbagai guna (MPV), sebuah treler dan lima lori.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.34 petang, seterusnya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dengan dibantu BBP Gopeng bergegas ke lokasi.
Katanya lagi, pasukan bomba melakukan kerja menyelamat menggunakan peralatan khas.
"Sembilan kenderaan yang terlibat iaitu MPV (tiga), treler (satu), lori 5 tan (dua) dan lori 3 tan (tiga).
"Terdapat enam mangsa lelaki dewasa yang cedera ringan, empat daripadanya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala dua lagi dibawa oleh pihak EMRS," katanya kepada pemberita pada Selasa.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.10 petang.
#kemalangan sembilan kenderaan #tol Simpang Pulai #enam cedera #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia