awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 lelaki termasuk pemimpin politik bahagian ditahan berjudi

Bernama
Bernama
27/06/2021
15:00 MYT
6 lelaki termasuk pemimpin politik bahagian ditahan berjudi
Turut dirampas dalam serbuan itu ialah daun terup dan wang tunai berjumlah RM 1,774. - Gambar hiasan
IPOH: Polis menahan enam lelaki termasuk seorang pemimpin bahagian sebuah parti politik yang sedang leka bermain judi poker di sebuah rumah di Taman Tapah Indah dekat Tapah, semalam.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata hasil maklumat orang awam, keenam-enam lelaki berusia 38 hingga 56 tahun ditahan dalam serbuan pada pukul 10 malam tadi.
"Turut dirampas dalam serbuan itu ialah daun terup dan wang tunai berjumlah RM 1,774, " katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Wan Azharuddin berkata kesemua mereka bagaimanapun telah dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Sek 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
"Pihak polis ingin menasihatkan kepada masyarakat agar sentiasa patuh kepada undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa. Tindakan yang tegas akan di ambil kepada mereka yang ingkar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#parti politik
#judi
#pemimpin
#Tapah
#ditahan
#bermain judi
#ahli politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan