awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seludup e-waste: Veteran ATM bersara awal diserap untuk perkuat AKPS - Shuhaily
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
Lima sekeluarga disamun, barang kemas bernilai kira-kira RM130,000 dilarikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 motosikal musnah dalam kebakaran rumah

Aida Aziz
Aida Aziz
11/06/2022
00:30 MYT
6 motosikal musnah dalam kebakaran rumah
Kejadian pada jam 11.57 malam itu menyebabkan lima buah motosikal terbakar 90 peratus manakala sebuah lagi terbakar 50 peratus. -Astro AWANI
BIDOR: Sebanyak enam motosikal musnah dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Bunga Raya, Felda Sungai Klah, di sini, lewat malam tadi.
Kejadian yang berlaku pada jam 11.57 malam itu menyebabkan lima buah motosikal terbakar 90 peratus manakala sebuah lagi terbakar 50 peratus.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 11.57 malam.
Seterusnya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor bergegas ke lokasi kejadian.
"Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis Kelas A berkeluasan 20x60 telah terbakar lima peratus di bahagian hadapan luar rumah di mana kawasan itu dijadikan bengkel membaiki motosikal.
"Anggaran kemusnahan sebanyak enam buah iaitu lima terbakar 90 peratus dan sebuah lagi 50 peratus," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya, komander operasi kemudiannya membuat size up dan mengumpul maklumat, di sampung mengarahkan anggota membuat pemadaman menggunakan satu aliran hose reel.
Operasi yang diketuai oleh PBK II Sharin Musa itu tamat pada jam 12.53 tengah malam.
Topic Berkaitan
#Felda Sungai Klah
#enam motosikal musnah dalam kebakaran
#Jalan Bunga Raya
#bengkel membaiki motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan