Sebanyak 60 kes kebakaran hutan dilaporkan berlaku di Hulu Perak sepanjang Mac lepas berikutan cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik Azizul Aswad Asaris berkata kebanyakan kebakaran dipercayai akibat sikap tidak bertanggungjawab orang ramai yang membuang puntung rokok selain melakukan pembakaran terbuka.
"Api mudah merebak jika orang ramai lalai dan tidak peka dengan keadaan cuaca panas sekarang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sehubungan itu, perokok dinasihati supaya tidak membuang puntung rokok sewenang-wenangnya kerana ia boleh membahayakan keselamatan nyawa dan harta benda.
Azizul Aswad berkata dalam kejadian terbaharu Sabtu lepas, kawasan bukit seluas 6 hektar di Jalan Kekabu Kampung Pahat Luar di sini, terbakar dipercayai berpunca daripada puntung rokok.
Katanya, kebakaran pada 8.35 pagi itu bagaimanapun berjaya dikawal sepenuhnya pada 5.20 petang berikutan keadaan hujan.
Sepasukan 30 anggota bomba dan tujuh penduduk kampung terlibat memadamkan kebakaran daripada merebak dari kaki gunung ke Bukit Kerunai di sini, katanya.
Bernama
Sun Apr 03 2016

Kawasan bukit seluas 6 hektar di Jalan Kekabu Kampung Pahat Luar di sini, terbakar dipercayai berpunca daripada puntung rokok. - Gambar fail

Rombak UMNO, ketengahkan pemimpin disukai ahli dan rakyat
UMNO perlu dirombak semula termasuklah Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kemudian mengetengahkan pemimpin yang diterima ahli dan rakyat.

Pembukaan sekolah 20 Januari ditangguh, hanya calon peperiksaan dibenar hadir - KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19.

PKPB: Bukan warganegara, kanak-kanak tak dibenar solat di masjid - JAIP
Mereka yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat di masjid atau surau yang diberi kebenaran melaksanakan solat itu, wajib menggantikannya dengan solat Zuhur.
![AWANI Sarawak [16/01/2021] - Berkuat kuasa 18 Januari | 2,049 kes kumulatif | Pencarian berakhir AWANI Sarawak [16/01/2021] - Berkuat kuasa 18 Januari | 2,049 kes kumulatif | Pencarian berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/34381542561610796306948/1885815_10096174471610797124998_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [16/01/2021] - Berkuat kuasa 18 Januari | 2,049 kes kumulatif | Pencarian berakhir
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Jasmine Abu Bakar membawakan tumpuan berikut: - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seluruh Sarawak kecuali Sibu.. - Kluster Pasai terus jadi penyumbang utama kes COVID-19 di Sarawak. - Tiga hari hanyut, jasad Awangku Sahibul akhirnya ditemui. Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com

Pekerja pembersihan orang pertama terima vaksin COVID-19 di India
Kerajaan India menyasarkan seramai 300 juta orang divaksinkan dalam tempoh enam hingga lapan bulan pertama tahun ini.

COVID-19: Enam lagi kluster baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam
Tiga daripada kluster tersebut dikesan di Johor dan tiga lagi kluster masing-masing di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.

Batal darurat: Shahidan Kassim selar Anwar, anggap tidak wajar
Shahidan berkata, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan membuat keputusan mengisytiharkan darurat dan semua pihak perlu menerimanya terlebih dahulu.

Kes aktif kini lebih 37,000: Ini fakta situasi COVID-19 hari ini
Berikut perincian kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

COVID-19: 4,029 jangkitan, kes harian paling tinggi!
Ia menjadikan jumlah kes aktif yang sedang dirawat kini adalah 37,126 kes dengan 205 kini di unit rawatan rapi (ICU) dan 79 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jurukimpal maut, 2 cedera akibat letupan di kilang
Kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pengimpalan di sebuah tangki dalam kilang memproses produk kelapa sawit ketika kejadian.

60 kebakaran hutan berlaku di Gerik akibat El Nino
Sebanyak 60 kes kebakaran hutan dilaporkan berlaku di Hulu Perak sepanjang Mac lepas berikutan cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino.