awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

60 pegawai jalani kuarantin, Pasukan Bomba Sukarela Perak diarah bersiap sedia

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/09/2021
06:46 MYT
60 pegawai jalani kuarantin, Pasukan Bomba Sukarela Perak diarah bersiap sedia
Azmi (dua dari kanan) ketika meninjau operasi Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baru Ipoh, pada Rabu. - Foto Astro AWANI
IPOH: Semua Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Perak diarah berada dalam keadaan siap sedia 24 jam bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana di kawasan masing-masing.
Ia ekoran lebih 60 pegawai dan anggota bomba di negeri itu perlu menjalani kuarantin, sama ada positif COVID-19 atau kontak rapat.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, setakat ini, 13 anggota disahkan positif COVID-19, manakala 48 lagi menjalani kuarantin kendiri kerana berstatus individu dalam siasatan (PUI) atau individu dalam pengawasan (PUS).
"Walaupun kita mengalami peningkatan dari segi dikuarantin, tetapi kita ada elemen-elemen lagi yang menyokong perkhidmatan kita, bermakna perkhidmatan kita di balai berkenaan tidak akan ditutup.
"Kerana apa? Kerana kita ada strategi yang mana kita akan mengalih daya pasukan bomba sepenuh masa dari balai-balai terdekat ke kawasan berkenaan tetapi kekuatan kita sebenarnya ada lagi, iaitu penglibatan pasukan bomba sukarela, yang mana apabila data kita menunjukkan peningkatan, tetapi kita akan mengarahkan pasukan bomba sukarela ini supaya dalam keadaan mode standby dalam 24 jam untuk menangani isu-isu sekiranya berlaku pada golongan masyarakat," katanya.
Beliau ditemui ketika meninjau operasi Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baru Ipoh, pada Rabu.
Setakat ini, dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) agak terkesan kerana ramai pegawai dan anggota yang positif COVID-19 serta kontak rapat.
Balai-balai berkenaan ialah di Taiping dengan tiga kes positif di samping 16 anggota menjalani kuarantin dan Parit Buntar, juga tiga kes positif dan 13 lagi dikuarantin.
Setakat ini Perak mempunyai 44 Pasukan Bomba Sukarela dengan 1,319 anggota.
Daripada jumlah itu, 1,177 atau 89 peratus daripada mereka telah menerima vaksin lengkap dua dos.
Topic Berkaitan
#JBPM
#Perak
#Pasukan Bomba Sukarela
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan