awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
FIFA: Kelab Inggeris terajui perbelanjaan perpindahan antarabangsa januari
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

60 peratus bekalan air Sabah adalah air tidak terhasil - Shahelmy

Bernama
Bernama
08/04/2023
02:30 MYT
60 peratus bekalan air Sabah adalah air tidak terhasil - Shahelmy
Shahelmey (tengah) menyantuni anak yatim dan wakil media pada Majlis Iftar Ramadan 1444H di SICC, Kota Kinabalu, malam tadi. - Foto Facebook Shahelmey Yahya
KOTA KINABALU: Sebanyak 60 peratus daripada bekalan air di Sabah adalah dalam kategori air tidak terhasil (NRW) yang merugikan sumber air di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.
Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata pihaknya terutama Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sedang berusaha mengurangkan angka itu dengan melaksanakan beberapa langkah termasuk meningkatkan keberkesanan sistem bekalan.
Beliau berkata mengatasi NRW merupakan antara langkah penting sedang dilaksana pihaknya dalam memastikan sistem bekalan air di negeri ini dapat memenuhi permintaan rakyat, dan mengatasi masalah bekalan air yang sedang melanda.
"Cabaran kita jumlah permintaan tinggi tetapi ada pula kes NRW antaranya disebabkan kecurian air yang memerlukan penguatkuasaan, kita juga alami cabaran tenaga kerja dan keberkesanan sistem (bekalan air), perlu mekanisme dan gerakan bersepadu untuk tangani masalah tersebut
"KIta sedang pulihkan bekalan air, JANS sedang buat tambah baik antaranya kurangkan NRW ke peratusan lebih rendah, jika kita dapat lakukan menjelang hujung tahun ini bekalan air lebih baik dapat dinikmati pengguna," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Iftar Ramadan dan Pemberian Sumbangan Kepada Asnaf Serta Anak Yatim melibatkan kira-kira 100 penerima di sini malam tadi.
Pada Januari lepas, Shahelmy dilaporkan berkata JANS menyasarkan untuk mengurangkan NRW, yang ketika itu pada 54 peratus, sebanyak 25 peratus atau 10 juta liter air menjelang pertengahan tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shahelmey Yahya
#air tidak terhasil
#bekalan air
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan