awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

60 set bubu naga dirampas di empat lokasi di perairan Kuala Kurau

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/09/2022
04:52 MYT
60 set bubu naga dirampas di empat lokasi di perairan Kuala Kurau
Anggaran nilai rampasan bubu naga pada kali ini adalah kira-kira RM4,200 atau kira-kira RM70 setiap satu set.- Foto Maritim Malaysia
KUALA KURAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Kurau telah merampas 60 set bubu naga di kedudukan 2 hingga 4 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau kira-kira 8.15 malam tadi.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, rampasan itu dilakukan ketika semasa rondaan rutin yang dilakukan pasukan bot peronda Maritim Malaysia.
Menurutnya, ketika rondaan itu, pihaknya telah mengesan beberapa pelampung yang mencurigakan dan disyaki penanda kepada bubu naga.
“Hasil pemeriksaan ke atas pelampung menemukan 60 set bubu naga di empat lokasi yang berasingan yang mana kedudukannya lebih kurang 2 hingga 4 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, kesemua bubu naga dan penanda telah dirampas serta dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, anggaran nilai rampasan bubu naga pada kali ini adalah kira-kira RM4,200 atau kira-kira RM70 setiap satu set.
Kes disiasat di bawah Seksyen 11 (3) (c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang atau menyebabkan dipasang belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan yang tidak dilesenkan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Topic Berkaitan
#bubu naga
#Zon Maritim Kuala Kurau
#Maratim Malaysia
#rampasan bubu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan