MALAYSIA
600 pegawai, anggota polis kawal keselamatan program RXZ Members 7.0 minggu depan
Ketua Polis Terengganu Mohd Khairi Khairuddin pada sidang media mengenai penganjuran program RXZ Member 7.0 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, hari ini. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 600 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan untuk mengawal aliran trafik dan menjaga keselamatan awam sepanjang penganjuran program RXZ Members 7.0 di Litar Permotoran Gong Badak di Kuala Nerus pada 22 dan 23 Ogos ini.
Ringkasan AI
Ketua Polis Terengganu Mohd Khairi Khairuddin berkata jumlah peserta program pada tahun ini dijangka bertambah hampir sekali ganda iaitu melebihi 100,000 orang berbanding 60,000 orang pada tahun lepas.
Beliau berkata anggota dan pegawai terlibat akan ditempatkan di lokasi terpilih di seluruh negeri bagi memastikan tidak berlaku kesesakan yang akan menganggu aktiviti harian orang ramai.
"Sebanyak 600 anggota dan pegawai polis akan ditempatkan di lokasi terpilih, bukan hanya di Kuala Terengganu tetapi di semua daerah termasuk Besut, Marang, Dungun, Setiu dan Kemaman.
"Bagi memastikan keselamatan, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) akan bertugas membuat rondaan di kawasan penginapan dan rumah inap," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Terengganu SAC Suffian Sulaiman dan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor.
Mohd Khairi berkata tahun lepas tiga kes kemalangan maut melibatkan peserta RXZ Members 6.0 direkodkan manakala 89 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Selain itu, terdapat juga tiga kes penipuan melibatkan rumah inap tidak wujud dengan jumlah kerugian RM1,400.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua peserta RXZ Members 7.0 mematuhi peraturan jalan raya dan tidak membuat bising di tempat awam hingga boleh mengganggu ketenteraman.
"Kepada peserta himpunan jangan bawa barang terlarang kerana pihak polis sentiasa memantau aktiviti yang mencurigakan...pastikan juga penginapan yang ditempah benar-benar wujud bagi mengelak menjadi mangsa penipuan rumah inap palsu," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seramai 600 anggota polis akan ditugaskan untuk kawalan trafik dan keselamatan sempena program RXZ Members 7.0 pada 2223 Ogos di Litar Permotoran Gong Badak.
- Program tahun ini dijangka menarik lebih 100,000 peserta, hampir dua kali ganda berbanding tahun lepas.
- Polis mengingatkan peserta agar patuhi undang-undang, elak gangguan awam dan pastikan penginapan yang ditempah sah.