awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

606 kes orang hilang di Kelantan dilaporkan sejak 2016

Bernama
Bernama
28/07/2022
10:48 MYT
606 kes orang hilang di Kelantan dilaporkan sejak 2016
Sebanyak 606 kes orang hilang dilaporkan di Kelantan sejak 2016 hingga setakat ini yang antara puncanya adalah merajuk dan tidak selesa bersama keluarga, kata Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Sebanyak 606 kes orang hilang dilaporkan di Kelantan sejak 2016 hingga setakat ini yang antara puncanya adalah merajuk dan tidak selesa bersama keluarga, kata Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Beliau berkata daripada jumlah itu hanya dua kes sahaja belum diselesaikan iaitu masing-masing pada tahun lepas dan tahun ini dengan majoriti orang hilang berusia 18 tahun ke atas termasuk warga emas.
"Setakat Jun tahun ini, 23 kes kehilangan individu dilaporkan berlaku tetapi 22 daripadanya sudah diselesaikan manakala satu kes lagi masih dalam siasatan.
"Kebanyakan kes telah kembali semula ke pangkuan keluarga selepas tiga atau empat hari dilaporkan hilang," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata statistik menunjukkan tiga daerah tertinggi merekodkan kes orang hilang iaitu Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai, namun semua kes dapat diselesaikan dengan baik tanpa membabitkan kehilangan nyawa.
Sementara itu, mengulas mengenai indeks jenayah Muhamad Zaki berkata berlaku peningkatan 17.9 peratus berbanding tahun lalu dengan tambahan 173 kes.
"Jenayah kekerasan menunjukkan peningkatan sebanyak 21 kes manakala jenayah harta benda turut meningkat sebanyak 152 kes setakat Jun tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes orang hilang
#Kelantan
#Polis Kelantan
#merajuk
#keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan