awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6,080 kematian akibat kemalangan dicatatkan sepanjang 2023

Bernama
Bernama
06/02/2024
16:29 MYT
6,080 kematian akibat kemalangan dicatatkan sepanjang 2023
Lokman berkata ini bermakna kira-kira 17 hingga 18 kes kematian dicatatkan dalam sehari. - Gambar hiasan/Freeimages
KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,080 kematian akibat kemalangan dicatatkan sepanjang tahun 2023 di seluruh negara.
Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Lokman Jamaan berkata ini bermakna kira-kira 17 hingga 18 kes kematian dicatatkan dalam sehari.
“Hampir 45 minit ada satu kes kemalangan berlaku. Betapa seriusnya isu ini. Daripada jumlah tersebut, 68 hingga 70 peratus kadar kemalangan jalan raya berpunca daripada penunggang motosikal,” katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama TV di sini pada Selasa.
Beliau juga berkata bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, pelbagai inisiatif dilakukan pihaknya termasuk bekerjasama dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik Polis Diraja Malaysia untuk memberi pendedahan serta didikan kepada pengguna.
Bagaimanapun, Lokman tidak menolak kemungkinan berlaku perlumbaan haram akibat tajaan pihak tertentu yang menawarkan pelbagai hadiah.
“Kemungkin terdapat syarikat permotoran yang menaja para pelumba haram ini bagi menguji kebolehan mereka dalam modifikasi enjin di jalan raya,” katanya sambil menambah sebarang pengubahsuaian atau modifikasi perlu mendapat kelulusan JPJ dan jika tidak, kenderaan mereka akan disita.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#perlumbaaan haram
#kelulusan JPJ
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan