awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

61.9 peratus populasi dewasa lengkap dua dos vaksin

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
29/08/2021
05:50 MYT
61.9 peratus populasi dewasa lengkap dua dos vaksin
Sebanyak 44.4 peratus daripada rakyat Malaysia sudah lengkap mendapatkan vaksin, sementara 58.9 peratus lagi populasi negara sudah mendapatkan suntikan dos pertama. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 61.9 peratus atau lebih 14.5 juta individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat Sabtu.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter, memaklumkan, penerima dos pertama pula adalah sebanyak 82.2 peratus atau lebih 19.2 juta orang.
Ini bermakna 44.4 peratus daripada rakyat Malaysia sudah lengkap mendapatkan vaksin, sementara 58.9 peratus lagi populasi negara sudah mendapatkan suntikan dos pertama.
Laporan harian vaksinasi mengikut negeri bagi 28 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/YfwBIUpvAy
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 29, 2021
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 33,724,744 dos.
Labuan terus merekodkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi dengan 93.2 peratus atau 63,830 orang daripada populasi dewasa sudah lengkap dua dos vaksin.
Cumulative vaccination report by state as of 28 August 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/QPkTJ2xxbh
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 29, 2021
Ini diikuti Lembah Klang dengan 89.5 peratus (5,518,094 orang), Sarawak 86.6 peratus (1,769,107 orang), dan Negeri Sembilan 77.1 peratus (627,900 orang), Perlis 65.2 peratus (118,093 orang), Melaka 56.6 peratus (383,714 orang) dan Pulau Pinang 54 peratus (738,414 orang).
Sementara itu, jumlah pemberian vaksinasi harian pada Sabtu adalah sebanyak 336,642 dos membabitkan 146,632 dos pertama dan 190,010 dos kedua.
Peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat 28 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/qyoCNpL8er
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 29, 2021
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi menggerakkan negara ke arah mencapai matlamat imuniti kelompok COVID-19.
Topic Berkaitan
#imuniti kelompok
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#dos kedua
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan