KOTA KINABALU: Sebanyak 63,826 remaja berumur 12 hingga 17 tahun di Sabah telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 menerusi program vaksinasi bagi kumpulan berkenaan, setakat ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun yang juga jurucakap COVID-19 negeri berkata jumlah tersebut adalah 15 peratus daripada 426,000 golongan berkenaan bagi program vaksinasi bermula Khamis lepas (16 Sept).
"Jumlah itu juga termasuk 24,667 golongan remaja yang mengambil vaksinasi berkenaan pada Ahad. Penduduk dewasa lengkap divaksinasi pula lebih 1.56 juta orang atau 56.6 peratus daripada populasi dewasa," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dilapor berkata Sabah membuat keputusan untuk memberikan vaksin COVID-19 bagi kumpulan remaja bermula Khamis lepas.
Masidi berkata Sabah merekodkan 1,356 kes baharu COVID-19 pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif 185,577 kes dengan saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes iaitu 766 atau 56.5 peratus; diikuti saringan bergejala (380 kes); saringan kluster (11 kes); dan selebihnya lain-lain saringan.
Beliau berkata 1,912 pesakit pula dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif pulih kini 160,414 orang manakala 4,106 pesakit masih menerima rawatan.
"Sebanyak 35 kes kematian dilaporkan pada Ahad. Bagaimanapun bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam. Ada kes kematian mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian dari tarikh sebenar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 19 2021
Masidi berkata Sabah merekodkan 1,356 kes baharu COVID-19 pada Ahad. -Gambar fail
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
44 kes melioidosis direkodkan di Sabah setakat ini
Ia merupakan peningkatan sebanyak 12.8 peratus berbanding dengan jumlah kes yang dilaporkan pada ME sama pada tahun lepas iaitu sejumlah 39 kes.
Sabah rancang jadikan Pulau Gaya sebagai tarikan pelancong - Hajiji
Kerajaan negeri bercadang untuk mengindahkan Pulau Gaya dan menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak di perairan Kunak, Sabah
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak ketika sedang menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak pagi tadi.