awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

64 peratus wanita kakitangan Citi Malaysia, dominasi pengurusan kanan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
26/03/2021
07:52 MYT
64 peratus wanita kakitangan Citi Malaysia, dominasi pengurusan kanan
Ketua Pegawai Eksekutif Citi Malaysia, Usman Ahmed berkata, Citi meraikan kejayaan, kepimpinan dan ketabahan wanita merentasi syarikat ini, termasuk di dalam komuniti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Citibank Berhad (Citi Malaysia) terus memperkukuh inisiatif kesaksamaan gender apabila lebih 64 peratus kakitangannya merupakan wanita.
Ketua Pegawai Eksekutif Citi Malaysia, Usman Ahmed berkata, daripada jumlah itu, 64.7 peratus merupakan anggota pengurusan kanan bank.
Malah, di peringkat Asia sahaja, kakitangan wanita Citi melebihi 50 peratus daripada keseluruhan kakitangannya.
"Di Citi, kami meraikan kejayaan, kepimpinan dan ketabahan wanita merentasi syarikat ini, termasuk di dalam komuniti.
"Kami akan pastikan keseimbangan kepelbagaian gender dan akan terus mengekalkan kepelbagaian bakat di semua peringkat, inklusif dan berdasarkan prestasi untuk menyokong keadilan di peringkat global," katanya dalam satu kenyataan.
Usman menjelaskan, inisiatif itu akan mewujudkan kesedaran, menerajui pendidikan sekali gus membawa perubahan.
Malah, pelantikan Jane Fraser sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Citi menjadikan beliau sebagai wanita pertama memimpin bank bertaraf global.
Di peringkat Global, Citi telah menetapkan sasaran penglibatan wanita dalam pengurusan kanannya.
"Pada penghujung 2021, Citi akan menambah baik penglibatan wanita dari peringkat Penolong Naib Presiden (AVP) sehingga Pengarah Urusan (MD) sehingga 40 peratus," ujar beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Citibank Berhad
#Citi Malaysia
#kesaksamaan gender
#wanita
#memperkasa wanita
#Usman Ahmed
#bank global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan