awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

65 pelajar SBP Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya disah positif COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
01/12/2021
16:03 MYT
65 pelajar SBP Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya disah positif COVID-19
Radzi mengesahkan 65 pelajar Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya dijangkiti COVID-19. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Seramai 65 pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya dijangkiti COVID-19.
Perkara itu disahkan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin dalam rakaman video di akaun Facebook dan Twitternya malam ini.
Katanya, mereka sudah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, hari ini.
Selepas mesyuarat lewat petang tadi, saya dimaklumkan terdapat kes positif COVID-19 di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Saya bersama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia terus ke sekolah berkenaan malam ini untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan di sana. (1/2) pic.twitter.com/UzPGK1nkal
— Radzi Jidin (@RadziJidin) December 1, 2021
Beliau berkata, kes mula dikesan di sekolah tersebut selepas seorang guru disahkan positif COVID-19.
Beliau menjelaskan selepas saringan kontak rapat dilakukan, seorang lagi guru dan enam pelajar disahkan turut positif COVID-19.
"Enam pelajar yang positif ini sekarang ini berada di sekolah dan berada di bawah pemantauan pihak sekolah.
"Dalam usaha Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mengurangkan jumlah pelajar yang berada di asrama, pihak PKD telah melaksanakan saringan kontak rapat terhadap lebih 200 pelajar hari ini.
"Daripada 200 pelajar ini, 65 orang telah didapati positif dan dibawa ke MAEPS untuk pemantauan manakala baki pelajar lain akan dilaksanakan saringan pada esok (Khamis)," katanya yang turut meninjau sekolah berkenaan malam ini.
Radzi menjelaskan pihaknya sentiasa bekerjasama rapat dengan PKD bagi memastikan pelajar di sekolah tersebut berada dalam keadaan selamat.
Terdahulu tular mengenai jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar sekolah itu hingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa.
Topic Berkaitan
#Sekolah Seri Puteri
#SBP
#Cyberjaya
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan