KUALA LUMPUR: Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) ditubuhkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya menyelamatkan 663 projek rumah melibatkan 78,554 pembeli dengan nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM57.09 bilion dalam tempoh dua tahun.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata bagi tempoh 2023, TFST berjaya menyelesaikan 452 projek perumahan swasta yang sakit dan terbengkalai melibatkan 53,697 unit rumah dengan GDV RM39.814 bilion.
"Sementara itu untuk tahun ini sehingga tempoh 31 Mei, sebanyak 211 projek swasta sakit dan terbengkalai dipulihkan melibatkan 24,857 unit rumah dengan nilai GDV RM17.28 billion," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) mengenai bentuk bantuan yang disediakan kementerian terhadap pembeli rumah yang berdepan dengan masalah "projek sakit", khususnya bagi projek perumahan di bawah inisiatif perumahan rakyat seperti RumaWip yang rata-ratanya merupakan golongan B40.
Selain itu, Nga berkata KPKT turut melaksanakan pemantauan berkala, turun padang ke tapak projek dan libat urus bersama agensi teknikal serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengenal pasti kaedah pencegahan atau penyelesaian yang lebih berfokus bersama pemaju.
Katanya, ia termasuklah mengemukakan senarai nama pembeli yang terkesan dengan projek perumahan kerajaan seperti Residensi Wilayah, PR1MA, Program Perumahan Penjawat Awam (PPAM) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bagi mempertimbangkan penstrukturan semula bayaran pinjaman.
"KPKT sentiasa mencari alternatif terbaik yang bersesuaian dan efektif dalam pemulihan projek perumahan swasta yang sakit dan terbengkalai," katanya.
Menurutnya, pada masa sama KPKT sedang dalam proses meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) untuk mengheret pemaju yang terlibat dalam kes penipuan atau projek terbengkalai ke mahkamah, malah melarang mereka daripada meninggalkan negara.
Menjawab soalan tambahan Manndzri sama ada kementerian itu bersedia berdepan keadaan kenaikan harga diesel dijadikan alasan kelewatan menyiapkan projek rumah, Nga berkata penyasaran subsidi diesel tidak seharusnya memberi impak terhadap harga rumah.
"Semua pihak sedar sektor komersial ini (pembinaan) tidak menikmati subsidi disesel...dulu tiada dan sekarang pun tiada... maka saya rasa tidak ada impak langsung kepada harga rumah. Tetapi KPKT akan sentiasa memantau dan memastikaan tiada aktiviti mengaut keuntungan yang tidak perlu dalam perkara ini," katanya.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Bahru) berhubung projek perumahan PR1MA yang mengalami kelewatan, Nga berkata terdapat 24 projek perumahan itu berstatus sakit dan KPKT sudah melaksanakan beberapa pendekatan penyelesaian.
"Semua projek PR1MA yang baru, KPKT tetap wajib melaksanakan kajian kebolehlaksanaan dan jika tidak berdaya maju...maka tak boleh laksanakan dan mana-mana kontraktor yang tiada rekod prestasi yang cemerlang atau ambil untung atas angin akan ditamatkan kontrak.
"Atas langkah proaktif yang rancak dilakukan ketika ini, saya yakin semua 24 projek PR1MA sakit akan disempurnakan menjelang akhir tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024
Nga Kor Ming berkata bagi tempoh 2023, TFST berjaya menyelesaikan 452 projek perumahan swasta yang sakit dan terbengkalai melibatkan 53,697 unit rumah dengan GDV RM39.814 bilion. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
PBT digesa percepat warta tanah lapang awam, elak salah guna - Nga
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) digesa mempercepat proses pewartaan tanah lapang awam di kawasan masing-masing bagi mengelakkan ia disalah guna oleh mana-mana pihak.
2,634 tapak pelupusan sampah haram ditutup tahun ini
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata anggaran sisa dibersihkan 1,500 tan dengan melibatkan kos berjumlah RM412,000.
PR1MA rancang perkenal rumah pintar, mesra alam
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) merancang memberikan nilai tambah dalam pembangunan projek perumahan mampu milik menerusi pengenalan rumah pintar dan berkonsepkan mesra alam.
Kerajaan belanja RM1.02 bilion baik pulih, bina rumah baharu dalam tempoh dua tahun - Nga
Kerajaan telah membaik pulih dan membina baharu 34,470 unit rumah dalam tempoh dua tahun dengan jumlah peruntukan RM1.02 bilion.
Pembinaan 7,243 MyKiosk dalam tempoh dua tahun ubah nasib lebih 7,000 keluarga - Nga
Inisiatif MyKiosk itu telah membantu 7,243 keluarga meningkatkan pendapatan serta memperkasakan taraf sosioekonomi penduduk setempat.
MUO lonjak bidang perancangan bandar - Nga
Kementerian komited untuk menambah nilai perancangan dan tadbir urus pembangunan dan operasi bandar melalui data raya yang lebih menyeluruh.
SPNB bina 23,000 unit RMR, lepasi sasaran - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah berkenaan melepasi sasaran asal iaitu membina sebanyak 15,000 unit RMR.