68,000 pelajar di Pahang terima bantuan kit pembelajaran Tunas Makmur serentak

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah), berkata bagi edisi tahun ini, kerajaan negeri turut memperkenalkan penambahbaikan menerusi pemberian baucar pakaian sekolah tambahan bernilai RM100. -Foto Astro AWANI
BENTONG: Kerajaan Negeri Pahang meneruskan pelaksanaan Program Tunas Makmur tahun ini bagi membantu pelajar sekolah rendah dan menengah, khususnya daripada golongan miskin dan miskin tegar.
Ringkasan AI
- Kerajaan Negeri Pahang terus jalankan Program Tunas Makmur untuk bantu pelajar miskin, melibatkan RM14.8 juta bagi manfaat 68,000 pelajar dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima.
- Inisiatif ini menyediakan set bantuan peralatan pembelajaran lengkap bernilai RM100 serta baucar pakaian sekolah tambahan, menunjukkan penambahbaikan berterusan kerajaan negeri Pahang dalam membantu golongan miskin.
- Ibu bapa penerima bantuan menyifatkan inisiatif ini sebagai 'talian hayat' dalam mengurangkan beban kos sara hidup, sementara penerima lain berharap bantuan dapat diperluaskan lagi kepada lebih ramai pelajar pada masa akan datang.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata bagi edisi tahun ini, kerajaan negeri turut memperkenalkan penambahbaikan menerusi pemberian baucar pakaian sekolah tambahan bernilai RM100.
“Kita tidak pernah berhenti melakukan penambahbaikan, namun ia tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa.
Tahun ini sahaja, program ini melibatkan peruntukan sebanyak RM14.8 juta yang merupakan siling khas untuk inisiatif ini,” katanya.
Menurut beliau, pelajar yang tidak layak menerima bantuan tersebut masih boleh menikmati kemudahan lain yang disediakan kerajaan negeri.
“Bagi mereka yang tidak menerima bantuan ini, mereka masih boleh menikmati kad diskaun sebanyak 30 peratus. Namun, bantuan ini diberikan kepada mereka yang benar-benar layak, khususnya golongan miskin,” tambahnya.
Rata-rata ibu bapa yang ditemui melahirkan rasa syukur dan menyifatkan bantuan itu sebagai “talian hayat” dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup ketika ini.
“Memang sangat membantu kerana kos membeli kelengkapan sekolah anak-anak agak tinggi. Bantuan ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kami,” kata Vijaya Samundiswari Veeran, seorang suri rumah.
Seorang lagi penerima, Yuvaneswaran Sathia Morthy, yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat, turut menyambut baik penambahbaikan yang diperkenalkan tahun ini.
“Setiap tahun memang ada sumbangan, tetapi tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas. Harapnya tahun depan akan lebih baik lagi.
“Jika boleh, bantuan seperti ini diperluaskan kepada lebih ramai murid,” katanya.
Kesemua bantuan berkenaan disampaikan secara serentak pada hari pertama persekolahan di semua sekolah di seluruh Pahang bagi memastikan setiap pelajar dapat memulakan sesi akademik dengan kelengkapan yang sempurna.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah pelajar yang akan mendapat manfaat daripada Program Tunas Makmur di Pahang tahun ini? A: Sebanyak 68,000 pelajar akan mendapat manfaat dari Program Tunas Makmur di Pahang tahun ini.
- Q: Apakah yang disediakan oleh Program Tunas Makmur di bawah Inisiatif Makmur Pahang? A: Program Tunas Makmur di bawah Inisiatif Makmur Pahang menyediakan set bantuan peralatan pembelajaran lengkap dan berjenama bernilai RM100, termasuk beg sekolah, alat tulis, serta kelengkapan pembelajaran lain.
- Q: Apakah penambahbaikan yang diperkenalkan dalam Program Tunas Makmur tahun ini? A: Penambahbaikan yang diperkenalkan dalam Program Tunas Makmur tahun ini adalah pemberian baucar pakaian sekolah tambahan bernilai RM100 kepada pelajar yang layak menerimanya.
- Q: Apakah kemudahan yang masih boleh dinikmati oleh pelajar yang tidak layak menerima bantuan Program Tunas Makmur? A: Pelajar yang tidak layak menerima bantuan Program Tunas Makmur masih boleh menikmati kad diskaun sebanyak 30 peratus untuk kemudahan lain yang disediakan oleh kerajaan negeri.
- Q: Bagaimanakah bantuan Program Tunas Makmur dianggap oleh ibu bapa penerima? A: Ibu bapa penerima menyifatkan bantuan Program Tunas Makmur sebagai "talian hayat" dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup, dengan mengekalkan rasa syukur terhadap bantuan tersebut.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

