Lebih 70 peratus warga emas di negara ini tiada persiapan untuk menghadapi hari tua.
Perkara itu didedahkan menerusi satu kaji selidik yang dijalankan Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini.
Kaji selidik itu membabitkan 5,595 responden berusia antara 18 hingga 60 tahun.
Antara soalan yang ditanya, pernahkah mereka merancang untuk hari tua?
Responden paling ramai menjawab 'ya' adalah mereka yang berusia 40 hingga 59 tahun, iaitu kira-kira 820 orang. Ia diikuti golongan responden berusia antara 26 hingga 39 tahun.
Manakala responden paling ramai yang menjawab 'tidak' adalah golongan berumur 18 hingga 25 tahun.
Antara jawapan kepada mengapa mereka tidak berbuat demikian adalah 25.01 peratus responden menjawab bahawa mereka tidak pernah memikirkan tentang perkara tersebut.
Sementara, 21.08 peratus berpendapat terlalu awal untuk memikirkan tentang persiapan hari tua.
Menariknya, 12.99 peratus responden menjawab mereka 'hanya menyerah kepada takdir' dan 7.18 peratus mengharapkan kepada anak-anak mereka pada usia persaraan nanti.
Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia UPM, Prof. Dr. Tengku Aizan Hamid, menekankan kepentingan melakukan persiapan pada usia muda sebelum terlambat.
"Rakyat Malaysia ini bukan futuristik dalam pemikiran mereka. Apabila sudah mendekati usia persaraan baru hendak merancang untuk hari tua. Ini kerana mereka menjalankan kehidupan seharian begitu sahaja tetapi kalau kita melihat dalam perancangan hidup awal-awal lagi kita perlu ada pendidikan sebagai persediaan untuk bekerja, jadi untuk hari tua juga kita kena persediaan sebegitu."
"Zaman sekarang bukan macam dahulu. Dulu tidak banyak cabaran sekarang zaman berubah dan kehidupan juga semakin mahal jadi kita memang perlu sediakan simpanan berapa yang kita perlukan untuk hari tua," katanya kepada Astro AWANI pada Konvensyen Kebangsaan Pembekal Perkhidmatan Penjagaan Berkediaman Warga Emas "Dari Perkhidmatan Penjagaan Warga Emas Ke Industri Berkediaman Warga Emas" di sini, pada Jumaat.
Berdasarkan unjuran yang dibuat Jabatan Perangkaan, negara dijangka mencapai status negara tua pada tahun 2035 apabila 15 peratus penduduk merupakan warga emas.
BACA: Rakyat Malaysia digesa buat persiapan hari tua
Sebelum ini, Kajian Khazanah Research Institute (KRI) mendedahkan bahawa jumlah penduduk tua di Malaysia dijangka bertambah dengan menunjukkan purata usia penduduk meningkat.
Bayi yang lahir pada 2015 dijangka mempunyai jangka hayat sehingga 77.4 tahun bagi perempuan manakala 72.5 tahun bagi lelaki.
Sehubungan itu rakyat Malaysia digesa bersiap sedia dengan menambah simpanan persaraan mereka.
Tan Su Lin
Sat Sep 03 2016

Berdasarkan unjuran yang dibuat Jabatan Perangkaan, negara dijangka mencapai status negara tua pada tahun 2035. - Gambar fail

Cabaran getir buat skuad badminton negara dalam Piala Sudirman
Malaysia dijangka berdepan laluan sukar pada Kejohanan Piala Sudirman yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 21 Mei di Suzhou, China.

Warga emas parah rumah dirempuh MPV meninggal dunia
Mangsa, Rahimah Abdul Majid, 82, meninggal dunia pada jam 10.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Piala Sudirman: Malaysia berentap dengan Taiwan, India di peringkat kumpulan
Skuad badminton negara akan berdepan cabaran sengit Taiwan dan India dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China pada Mei depan.

Bakal jemaah Haji berpeluang dapatkan Pakej Rahmah
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diberikan lesen oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Malaysia terbuka untuk perbincangan semula pembinaan
Malaysia terbuka untuk mengadakan perbincangan semula berhubung pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang sebelum ini dihentikan.

Status pemulihan air di mencapai 25.5 peratus
Susulan gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam. Air Selangor memaklumkan, sehingga pukul 12 tengah hari Sabtu, status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 25.5 peratus

Ditegur baca doa laju, lelaki bertindak pukul bapa
Seorang lelaki diberkas selepas memukul bapanya menggunakan kerusi ketika berbuka puasa dalam kejadian di sebuah rumah di sini pada Jumaat. Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Lawatan rasmi PM ke China dijangka teroka kerjasama pelbagai bidang baharu
Kerajaan kedua-dua negara yang mendapat mandat baharu itu mungkin menumpukan kepada bidang pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

Fokus Minggu Depan: Untung nasib peniaga di bulan Ramadan
Fareez Azman, Wartawan Astro AWANI

Wanita mohon maaf rempuh enam gerai bazar Ramadan
Kejadian lebih kurang jam 10 pagi itu berlaku ketika dia hendak meletakkan kenderaannya di situ susulan kedai sewanya berhampiran lokasi tersebut.

70 peratus rakyat Malaysia tidak merancang untuk hari tua - Kajian
Lebih 70 peratus warga emas di negara ini tiada persiapan untuk menghadapi hari tua.