awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

71 kontinjen sertai perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan

Faida Rahim
Faida Rahim
16/09/2024
00:30 MYT
71 kontinjen sertai perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan
Orang ramai berkumpul di padang Majlis Bandaraya Seremban sebelum memulakan perarakan ke Masjid Negeri pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan hari ini. - Foto Astro AWANI
SEREMBAN: Sebanyak 71 kontinjen daripada jabatan agensi kerajaan, badan swasta, institut pengajian tinggi awam dan swasta, serta masjid, menyertai pertandingan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.
Ia turut menyaksikan beberapa jalan utama sekitar bandar raya ini ditutup bagi memberi laluan kepada kontinjen yang berarak dari padang Majlis Bandaraya Seremban ke Masjid Negeri.
Perarakan melibatkan beberapa batang jalan antaranya Jalan Kuil, Jalan Dato Hamzah, Jalan Yam Tuan, Jalan Dato Sheikh Ahmad, Jalan Taman Bunga dan Bulatan Istana.
Kontinjen yang terdiri daripada lebih 4,000 peserta akan berarak sejauh 2.1km, yang mengambil masa sekitar 27 minit.
Juara pertandingan perarakan akan menerima hadiah wang tunai RM3,000, naib juara RM2,000 manakala tempat ketiga RM1,000.
Majlis sambutan turut diserikan dengan persembahan qasidah daripada Kumpulan Ar Rayyan dan Ahbabusham yang mengalunkan Selawat Mahalul Qiyam.
Sambutan akan disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, yang berkenan mencemar duli berangkat ke majlis pagi ini.
Turut dijangka hadir, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, Mufti Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin dan tetamu kehormat lain.
Sementara itu, orang ramai dijemput hadir untuk turut serta memeriahkan majlis perarakan sambutan Maulidur Rasul pagi ini.
Topic Berkaitan
#perarakan
#Maulidur Rasul
#Negeri Sembilan
#jalan ditutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan