awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Billie Eilish menang Lagu Terbaik Tahun Ini untuk 'Wildflower' di Anugerah Grammy
Aerotrain KLIA beroperasi seperti dirancang, gangguan awal tidak timbulkan risiko keselamatan - MAHB
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

72 peserta dari 50 negara sertai MTHQA ke-65

Bernama
Bernama
14/07/2025
11:22 MYT
72 peserta dari 50 negara sertai MTHQA ke-65
Mohd Na'im (tengah) menyaksikan gimik Pra Pelancaran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-65 Tahun 1447H/2027M di WTCKL hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 72 peserta dari 50 negara akan menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-65 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bulan depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata 40 daripada peserta itu menyertai kategori Tilawah al-Quran manakala 32 lagi bertanding dalam kategori Hafazan al-Quran 30 juzuk.
"Sesi saringan kelayakan peserta telah dijalankan secara dalam talian dari 19 hingga 23 Mei melibatkan penilaian oleh barisan jemaah hakim berpengalaman bagi memastikan tahap keadilan dan ketelusan," katanya semasa berucap pada Majlis Prapelancaran MTHQA ke-65 di sini hari ini.
Bertemakan 'Membangun Ummah MADANI', MTHQA ke-65 akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8.55 malam, 2 Ogos.
Mohd Na'im berkata Malaysia diwakili empat peserta, iaitu Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan dari Perak dan Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi (Terengganu) bagi kategori Tilawah manakala Muhammad Adib Ahmad Rozaini (Perak) dan Putri Auni Khadijah Mohd Hanif (Kelantan) untuk Hafazan.
MTHQA tahun ini melibatkan16 hakim berkaliber dan berpengalaman dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Arab Saudi, Mesir, Jordan dan Indonesia sekali gus menjamin keadilan serta ketelusan proses penjurian.
Beliau berkata bagi kategori Tilawah al-Quran, penjurian dibuat berdasarkan empat aspek utama, iaitu tajwid, taranum, fasahah dan suara sementara kategori Hafazan al-Quran merangkumi hafazan dan kelancaran bacaan.
Berhubung pemilihan tema, Mohd Na'im berkata ia selari dengan aspirasi negara dalam membina masyarakat bertamadun yang unggul bukan sahaja daripada fizikal dan infrastruktur tetapi meliputi aspek spiritual, intelektual serta akhlak.
Beliau berkata Malaysia diiktiraf sebagai penganjur cemerlang MTHQA sejak penganjuran sulung pada 8 Mac 1961 termasuk Anugerah Program Al-Quran Terbaik 2016 oleh Kuwait International Prize of Holy Quran.
"JAKIM akan terus memastikan prestij dan kualiti penganjuran ditingkatkan selaras dengan keperluan semasa termasuk menyokong aspirasi pendigitalan dan teknologi kecerdasan buatan (AI)," katanya.
Pemenang dua kategori itu akan menerima wang tunai RM40,000, naib johan (RM30,000) dan tempat ketiga (RM20,000) serta barang kemas tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Selain itu, sempena penganjuran MTHQA, turut dianjurkan ialah acara khas Bacaan al-Quran Terpanjang dari KL Sentral ke Hatyai, Thailand untuk mencatat rekod Malaysia Book of Records bagi kategori Bacaan al-Quran Terpanjang Dalam Kereta Api Merentasi Sempadan Antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peserta
#50 negara
#Majlis Tilawah
#hafazan al-quran
#MTHQA
#Mohd Na'im Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan