[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

72 tahanan Rohingya masih diburu - Polis

Bernama 24/04/2022 | 12:13 MYT
Wan Hassan berkata lapan pelarian telah ditahan semula semalam dan hari ini, manakala usaha mengesan baki pelarian yang bebas masih diteruskan. - Gambar fail
ALOR SETAR: Polis masih mengesan baki 72 tahanan pelarian etnik Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu, Rabu lepas.
Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata lapan pelarian telah ditahan semula semalam dan hari ini, manakala usaha mengesan baki pelarian yang bebas masih diteruskan.
"Setakat petang ini, baki tahanan yang masih belum ditemukan ialah 72 orang dan operasi mengesan mereka masih berjalan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
BACA: 528 tahanan depot imigresen lolos, 205 masih diburu, 6 maut nahas lebuh raya
Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, 528 tahanan Rohingya bertindak melarikan diri dari depot tahanan itu.
Enam daripada mereka maut dirempuh kenderaan ketika melintas di KM 168 Lebuhraya PLUS menghala ke selatan berhampiran Jawi, Pulau Pinang.
-- BERNAMA
#Depoh tahanan #Lolos #warga Rohingya #Polis Kedah #Imigresen