74 peratus bersetuju penyertaan pelajar dalam politik

Eton Khir
Ogos 28, 2021 01:15 MYT
Responden dipilih secara rawak mengikut jantina, tahun pengajian, universiti dan negeri. - Foto Twiiter/Cent-GPS
KUALA LUMPUR: Sebanyak 74 peratus responden dalam satu kaji selidik yang dijalankan Higher Education Malaysia Association (HEYA) bersama Kajian pusat penyelidikan swasta, Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) didapati bersetuju dengan penglibatan anak muda dalam politik.
Tinjauan itu melibatkan seramai 839 pelajar sepenuh masa dari 39 institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.
Responden dipilih secara rawak mengikut jantina, tahun pengajian, universiti dan negeri namun, kajian tersebut tidak melibatkan pelajar sarjana dan doktor falsafah (PhD).
Tempoh pelaksanaan kajian ini bermula dari 19 Julai sehingga 10 Ogos 2021.

Highlights from this survey include: 1. On whether students shld be allowed to participate in politics, 74% think students shld participate in politics, including those who think students shld be allowed to do so "sometimes". 26% said students sh;d not be allowed to participate pic.twitter.com/BxuwJE2GbD

— Centre for Governance and Political Studies (@CentGPS) August 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kaji selidik berkenaan turut mendapati 31 peratus merasakan kebajikan kampus akan ditingkatkan jika pelajar dibenarkan untuk menyertai politik.

Whilst in the past, @UNDI18MY received public skepticism abt the maturity of young voters, this survey shows that uni students are being proactive; seeing politics on their campus as a way to gain diff perspectives, diversify their opinions & contribute to a more open-minded pic.twitter.com/nQkmkHCKeC

— Centre for Governance and Political Studies (@CentGPS) August 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu 57 peratus daripada responden tidak merasakan penglibatan pelajar dalam arena politik akan menjejaskan prestasi mereka dalam pengajian malah meluaskan lagi perspektif seorang pelajar itu.
Kaji selidik tersebut turut mendapati penglibatan pelajar dalam politik akan meningkatkan perspektif mereka, mendedahkan pelajar kepada pelbagai pendapat dan dapat menyumbang idea yang lebih terbuka.
Bak kata peribahasa, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, penglibatan belia dalam aktiviti politik dan sosial bukanlah suatu perkara baharu.
Lihat sahaja di negara Asia Tenggara lain, golongan belia sudah lama berjuang untuk menuntut dan mempertahankan hak bersuara mereka.
Ini kerana menerusi penglibatan politik, pelajar dapat beradaptasi dan mereka diberi kuasa untuk mengadvokasi sistem pendidikan tinggi yang lebih baik dan masa depan yang menjanjikan untuk negara.
Tinjauan ini hasil kerjasama Cent-GPS dengan Higher Education Malaysia Association (HEYA), Naratif Malaysia, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), dan juga disokong Malaysia Reform Initiative (MARI).
#kaji selidik #pelajar #politik #Institusi Pengajian Tinggi