awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

74,000 tiket feri Langkawi terjual sempena cuti sekolah

Bernama
Bernama
17/12/2025
09:51 MYT
74,000 tiket feri Langkawi terjual sempena cuti sekolah
Penyelenggaraan feri juga telah dilakukan dan jika berlaku sebarang masalah teknikal, feri turut bersedia untuk menggantikan perkhidmatan. - Bernama
ALOR SETAR: Sebanyak 74,000 tiket feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi serta sebaliknya telah terjual sempena cuti persekolahan yang bermula Jumaat ini hingga 11 Jan depan.
Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line) Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata setakat semalam, sebanyak 36,000 tiket dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi serta 38,000 tiket dari Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis telah terjual.
"Jumlah tiket yang terjual adalah bagi tempoh 24 hari cuti persekolahan yang akan bermula Jumaat ini. Kita jangka jumlah jualan akan bertambah dan waktu kemuncaknya adalah pada perayaan Krismas dan tahun baharu.
"Kita juga akan menambah 100 trip perjalanan feri sepanjang tempoh itu bagi memenuhi peningkatan permintaan penumpang sepanjang cuti persekolahan," katanya pada sidang media di Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah, di sini hari ini.
Beliau berkata berikutan itu, feri yang beroperasi dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi serta sebaliknya adalah sebanyak lima trip perjalanan dan akan ditambah dua trip lagi setiap hari bagi setiap laluan.
"Setakat ini, belum ada tambahan perjalanan pada waktu malam, tapi jika ada peningkatan penumpang lagi mungkin kita akan lanjutkan hingga 10 malam. Trend pembelian tiket ada peningkatan, tapi tidaklah sebanyak semasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25).
"Orang ramai masih boleh membuat pembelian tiket secara dalam talian atau di kaunter yang masih dibuka," katanya.
Norhafiz berkata pihaknya juga sentiasa patuh dengan semua arahan yang ditetapkan oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM) termasuk menyediakan jaket keselamatan dan lampu pandu arah bagi memastikan keselamatan penumpang.
"Penyelenggaraan feri juga telah dilakukan dan jika berlaku sebarang masalah teknikal, feri turut bersedia untuk menggantikan perkhidmatan bagi mengelakkan sebarang gangguan operasi.
"Keadaan cuaca pun baik, walaupun masih dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL), setakat ini semua trip perjalanan feri lancar dan tiada yang berpatah balik ke laluan asal," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiket feri
#Langkawi
#Kuala Perlis
#Kuala Kedah
#cuti sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan