awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

75 individu ingkar PKP dikompaun, enam direman

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
29/09/2020
07:00 MYT
75 individu ingkar PKP dikompaun, enam direman
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 55,086 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA:Seramai 75 individu dikompaun, enam direman dan seorang dijamin atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Isnin, 28 September 2020.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 82 individu yang ditahan itu melakukan kesalahan tidak mengamalkan penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka, gagal menyediakan peralatan merekod butiran diri serta aktiviti dalam pub dan kelab malam.
“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 55,086 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Sebanyak 3,025 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,937 anggota telah membuat pemantauan di 3,533 pasar raya, 4,785 restoran serta 1,375 penjaja, 1,127 kilang, 3,744 bank dan 737 pejabat kerajaan.
“Juga dipantau, sebanyak 1,065 terminal pengangkutan darat, 194 terminal pengangkutan air serta 151 terminal pengangkutan udara,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tambah beliau, sejak 24 Julai sehingga 28 September 2020, seramai 37,133 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan telah ditempatkan di 67 hotel dan 10 premis lain.
“Daripada jumlah itu, seramai 8,671 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 106 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
“Seramai 28,356 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#PDRM
#SOP
#Hospital
#bank
#polis
#kerajaan
#air
#menteri
#operasi
#Polis Diraja Malaysia
#Malaysia
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan