awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

756 penerima program MyLesen B2 di Negeri Sembilan - Loke

Bernama
Bernama
15/07/2023
11:28 MYT
756 penerima program MyLesen B2 di Negeri Sembilan - Loke
Anthony Loke (empat, kiri) bersama masyarakat Orang Asli yang juga para penerima lesen kenderaan Kelas B2 pada pelancaran Program MyLESEN B2 Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Orang Ramai Titi, hari ini. -Bernama
JELEBU: Seramai 756 penerima dari tujuh daerah di negeri ini memperoleh manfaat daripada Program MyLesen B2, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Beliau berkata daripada jumlah itu seramai 363 penerima adalah daripada masyarakat Orang Asli.
Katanya, Kerajaan Perpaduan memahami pentingnya lesen B2 dalam memperkasa mobiliti rakyat untuk memperluaskan peluang pekerjaan, pendidikan dan ekonomi mereka terutama dalam kalangan masyarakat di luar bandar.
"Melalui program ini, Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) dan institut memandu terlibat akan pergi ke lokasi terpilih berhampiran kediaman untuk memberi kursus dan ujian bertulis tanpa perlu penerima program membuat perjalanan jauh ke institut memandu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Orang Titi, di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (MoT) Datuk M.Jana Santhiran dan Ketua Pengarah JPJ Rospiagos Taha.
Loke berkata program MyLesen merupakan inisiatif kerajaan membantu golongan B40 mendapatkan lesen memandu sekali gus meningkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan terutamanya ekonomi gig.
Menurutnya inisiatif itu juga menggalakkan penunggang motosikal mengamalkan pengendalian yang cekap dan selamat seterusnya meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pematuhan peraturan jalan raya.
Sementara itu, Kent Lawrence Junkhen,48, dari Kampung Chennah berkata inisiatif itu membuatkan dia berasa lebih selamat ketika menunggang motosikal ke tempat kerja.
"Selama ini saya menunggang motosikal tanpa lesen, risau juga kalau kena saman dan pergerakan saya juga agak terbatas hanya dari rumah ke tempat kerja atau lokasi berdekatan," katanya.
Loke berkata kementerian memperuntukkan RM2.7 juta bagi melaksanakan Program MyLesen B2 melibatkan 9,000 penerima pada tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Program MyLesen B2
#Orang Asli
#penunggang motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan