awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

76 ditahan terlibat aktiviti judi sabung ayam, bola golek, belangkas

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
23/08/2020
01:13 MYT
76 ditahan terlibat aktiviti judi sabung ayam, bola golek, belangkas
Antara yang ditahan ialah lima lelaki tempatan, 65 lelaki warga Indonesia dan selebihnya wanita warga Indonesia. - Foto PDRM
Seramai 76 individu termasuk enam wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan judi di Bandar Puteri Puchong pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan, mereka ditangkap dalam satu Operasi Bersepadu Khas bermula jam 3 petang hingga 6.30 petang semalam.
"Kegiatan judi ini merangkumi aktiviti sabung ayam, bola golek dan belangkas, dan dipercayai telah beroperasi selama sebulan.
"Antara yang ditahan ialah enam lelaki tempatan, 65 lelaki warga Indonesia dan selebihnya wanita warga Indonesia.
"Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang juga berjaya merampas wang tunai berjumlah RM45,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Ismadi berkata, kesemua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1) C dan 15 (1) C Akta Imigresen 1969.
Siasatan juga akan dibuat mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.
Topic Berkaitan
#Bandar Puteri Puchong
#belangkas
#bola golek
#Imigresen
#Indonesia
#Ismadi Borhan
#Operasi Bersepadu Khas
#Puchong
#sabung ayam
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan