[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

7,648 unit kamera badan selesai diagih

Bernama 28/04/2025 | 12:45 MYT
Sahabudin menandatangani plak perasmian IPD Besut dekat Kampung Raja hari ini. - Gambar Bernama
JERTIH: Sebanyak 7,648 unit kamera badan (BWC) diagihkan sepenuhnya bagi kegunaan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lapangan di seluruh negara bulan lepas.
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Seri Sahabudin Abd Manan berkata penggunaan BWC diberi keutamaan kepada Unit Kereta Peronda, Unit Rondaan Bermotosikal daripada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti serta penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik secara berperingkat bermula 7 Okt tahun lepas.
"BWC ditempatkan di 157 ibu pejabat polis daerah (IPD) serta 640 balai polis di seluruh kontinjen. Bagi menampung keperluan sebenar BWC ini, PDRM akan mengemukakan permohonan penambahan sebanyak 10,000 unit lagi melalui Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-13 tahun depan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke IPD Besut di sini hari ini.
Sahabudin berkata penggunaan BWC bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan penugasan pihak polis yang semakin mencabar.
Beliau berkata penggunaan kamera badan itu juga dapat meningkatkan tatakelola yang baik dalam penugasan rondaan pencegahan jenayah dalam kalangan pegawai dan anggota.
-- BERNAMA
#kamera badan #perkembangan teknologi #PDRM #Pencegahan Jenayah