MALAYSIA
7,862 gelandangan diambil JKM dalam tempoh lima tahun mulai 2021 - Nancy
Nancy pada sesi jawab lisan sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 7,862 orang papa atau gelandangan telah diambil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam tempoh lima tahun mulai 2021 hingga Mei tahun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Ringkasan AI
Beliau berkata jumlah itu melibatkan 1,528 orang papa pada 2021; 1,280 (2022); 2,080 (2023) 1,987 (2024); dan 987 setakat Mei lepas.
Nancy berkata Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tertinggi pengambilan gelandangan dengan 1,742 orang, diikuti Pulau Pinang (1,288) dan Johor (1,199).
"Dari segi umur, 515 daripadanya bawah 18 tahun, 5,068 orang 18 hingga 59 tahun dan 2,018 orang 60 tahun ke atas, manakala selebihnya tidak dapat disahkan usia mereka," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai dapatan data terkini jumlah gelandangan di seluruh negara, berbanding tahun-tahun sebelumnya mengikut pecahan negeri dan umur, serta perancangan masa depan bagi menangani isu tersebut secara holistik khususnya di bandar-bandar utama.
Nancy berkata tindakan mengambil orang papa itu dilaksanakan secara ad hoc oleh JKM berdasarkan aduan diterima, serta menerusi operasi berjadual secara berkala dijalankan atau operasi agensi penguat kuasa lain seperti Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menjawab soalan tambahan Mohd Isam mengenai hasil dapatan daripada usaha semakan dan kajian semula Akta Orang Papa 1977 yang dilaksanakan pada 2022, beliau berkata kerajaan telah selesai mengenal pasti peruntukan sedia ada yang tidak relevan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977.
Nancy berkata hasil semakan kajian tersebut menunjukkan keperluan kepada pendekatan baharu yang lebih praktikal dan bersesuaian dalam menangani isu gelandangan.
"Kementerian kini sedang melaksanakan gerak kerja bagi memastikan isu gelandangan dapat ditangani secara holistik dan menyeluruh.
"Usaha ini turut merangkumi aspek penguatkuasaan terhadap pengemis dan gelandangan agar setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih berstruktur dan berpaksikan matlamat untuk membantu golongan tersebut meneruskan kelangsungan hidup serta menjalani kehidupan yang lebih sejahtera," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- JKM mengambil tindakan terhadap 7,862 gelandangan sejak 2021 hingga Mei 2025, dengan Kuala Lumpur mencatat jumlah tertinggi.
- KPWKM kenal pasti peruntukan tidak relevan dan kini merangka pendekatan baharu yang lebih menyeluruh dan berkesan.
- Operasi melibatkan pelbagai agensi dilaksanakan secara berkala, dengan fokus kepada penguatkuasaan, bantuan dan kelangsungan hidup golongan gelandangan.