MALAYSIA
79 PATI ditahan dalam Op Kutip di Chow Kit
Operasi turut mendapati ada cubaan warga asing bersembunyi di bawah sinki, timbunan barang lusuh dan celah tangki air. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menahan 79 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 23 wanita dalam Op Kutip di sebuah pangsapuri lama di Chow Kit, awal pagi Rabu.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, serbuan bermula jam 12.30 tengah malam itu dilakukan selepas risikan mendapati lokasi berkenaan menjadi hotspot PATI di ibu negara.
“Kesemua yang ditahan berusia 17 hingga 55 tahun atas kesalahan tiada pas dan permit sah serta tinggal lebih masa. Mereka terdiri daripada 39 warga Indonesia, 25 Bangladesh, 10 Nepal, dua India, dua Pakistan dan seorang Myanmar,” katanya.
Menurut beliau, kebanyakan PATI bekerja sebagai pengawal keselamatan dan buruh binaan, tinggal dalam keadaan sesak dan berisiko menimbulkan masalah kebersihan.
Cubaan Sorok Bawah Sinki & Celah Tangki
Operasi turut mendapati ada cubaan warga asing bersembunyi di bawah sinki, timbunan barang lusuh dan celah tangki air.
Seorang lelaki Indonesia berusia 30-an yang ditemui menyorok di celah tangki mendakwa berbuat demikian kerana takut selepas pasportnya tamat tempoh.
“Pasport saya dah mati bang. Sorok tadi sebab takut,” katanya.
Kesemua tahanan dibawa ke depoh imigresen untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Lokman menegaskan JIM akan terus melaksanakan penguatkuasaan 360 darjah tanpa kompromi terhadap PATI dan majikan yang melindungi mereka.