KUALA LUMPUR:Seramai 8,983 pekerja asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 semalam dengan 37 daripada mereka didapati positif COVID-19, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, secara keseluruhan, seramai 387,040 pekerja asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 17,731 majikan, sehingga kini.

Berikut lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri hari ini:

1. Seramai 8,983 warga asing jalani ujian saringan, 37 positif.

2. Penguat kuasa CIDB lakukan 57 pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara.

3. Sejak 24 Julai 2020, seramai 123,852 individu telah pulang ke tanah air.

4. PKPD di Felda Triang 3, Bera, Pahang dari 18 Febr hingga 3 Mac.

5. Seramai 594 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP, 569 dikompaun, 25 direman.