awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 bayi, 38 kanak-kanak antara 135 diselamatkan dalam kebakaran rumah panjang

Bernama
Bernama
19/07/2020
13:45 MYT
8 bayi, 38 kanak-kanak antara 135 diselamatkan dalam kebakaran rumah panjang
Lapan bayi dan 38 kanak-kanak adalah antara 135 orang yang diselamatkan dalam kebakaran sebuah rumah panjang di Ulu Arip, Selangau. - Bernama
Lapan bayi dan 38 kanak-kanak adalah antara 135 orang yang diselamatkan dalam kebakaran sebuah rumah panjang di Ulu Arip, Selangau, kira-kira 132 kilometer dari sini, malam tadi, kata Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Pegawai APM Sibu Kapten (PA) Frankie John Jawan berkata kesemua mangsa yang turut merangkumi 12 warga emas, dua orang kurang upaya dan 75 orang dewasa kini terpaksa berlindung di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan selepas rumah panjang 18 pintu yang didiami musnah sepenuhnya dalam kejadian itu.
Kejadian berlaku kira-kira 11.30 malam, katanya ketika dihubungi.
Beliau yang mengendalikan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu berkata bantuan awal termasuk Kit Makanan Permulaan telah diedar kepada mangsa sejak malam tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak melaporkan kebakaran itu dapat dipadamkan sepenuhnya pada 3.46 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Kanak-kanak
#kebakaran
#mangsa
#rumah
#Sibu
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan