PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Dis ini bagi keputusan rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan dokumen perbankan berhubung syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho dan keluarga bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz untuk perbicaraan kesnya melibatkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MBD).
Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said, yang mengetuai panel tiga hakim itu menetapkan tarikh tersebut kerana mereka memerlukan masa untuk berbincang.
Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan.
Najib, 68, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos, dibawa ke mahkamah untuk prosiding rayuannya hari ini.
Isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor juga hadir pada prosiding itu.
Bekas Perdana Menteri itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Julai tahun lepas yang menolak dua permohonan penemuannya untuk meminta pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDBnya mendedahkan dokumen perbankan yang dikaitkan dengan keluarga Zeti atas dakwaan bahawa keluarganya didakwa menerima wang daripada Jho Low.
Semasa prosiding hari ini, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah bahawa 19 dokumen yang dimohon itu melibatkan syarikat yang dikawal oleh keluarga Zeti dan Jho Low ada pada pihak pendakwaan dan pihak berkuasa Malaysia.
"Mereka tidak mempertikaikan kewujudannya. Mereka mengelak daripada memberitahu kami. Mereka tunjuk tetapi tidak semuanya," kata Muhammad Shafee.
Peguam itu berkata pihak berkuasa Singapura yang menyiasat skandal kewangan 1MDB di negara itu telah memberikan dokumen tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia termasuk Bank Negara Malaysia.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata dokumen yang diminta Najib adalah pramatang dan tidak relevan dengan perbicaraannya, sambil menambah bahawa Najib perlu memohon dokumen itu hanya selepas diperintahkan membela diri.
Beliau berkata tidak dinafikan kewujudan dokumen itu dan bebanan terletak pada pihak pembelaan untuk menunjukkan bahawa permohonan mereka adalah berdasarkan bukti yang boleh diterima dan bukannya keterangan dengar cakap.
"Keseluruhan kes mereka berdasarkan laporan akhbar (mendakwa) bahawa kami mempunyai dokumen ini, sambil menambah bahawa percubaan untuk mendapatkan dokumen tersebut pada peringkat ini untuk keputusan awal bahawa Zeti bukan saksi yang boleh dipercayai.
"Mereka mesti membuktikan dokumen itu ada dalam milikan kami," kata Sri Ram, sambil menambah bahawa pihak pendakwaan akan memanggil Zeti untuk memberi keterangan dan akan datang ke mahkamah serta menjawab dakwaan terhadapnya dan keluarganya.
Najib memfailkan perintah mahkamah pada 24 Mac tahun lepas untuk meminta pihak pendakwaan memberikan beberapa penyata perbankan daripada syarikat termasuk Aktis Capital Singapore Pte Ltd, Country Group Securities Public Company Ltd, ACME Time Ltd (BVI), Butamba Investments Ltd dan Central Holdings Ltd, dipercayai mempunyai kaitan dengan Jho Low dan keluarga Zeti dalam kes 1MDBnya.
Beliau juga memfailkan permohonan kedua pada 7 April tahun lepas untuk mendapatkan perjanjian penyelesaian sulit antara kerajaan dan Goldman Sachs Group pada 2020 dan transkrip atau laporan forensik berhubung telefon bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, Tim Leissner.
Najib kini dibicarakan atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah akan bersambung 7 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 25 2022
Najib kini dibicarakan atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram. - Fail BERNAMA
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Shafee alami palpitasi, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi ditangguhkan hari ini.
Dokumen perbankan tidak diserah kepada pembelaan kerana tidak relevan - Saksi
Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak menyerahkan beberapa dokumen perbankan yang diperoleh dari dua negara kepada pembelaan Datu
Kes 1MDB: Saya tidak boleh arah media apa yang patut dilapor, itu hak mereka - Hakim
Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, berkata bagaimanapun beliau mengambil maklum aduan yang dibuat oleh pihak pembelaan.
Perbicaraan kes dana 1MDB: Pendakwaan berhasrat panggil Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan akan dipanggil memberi keterangan dalam kes membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perbicaraan kes 1MDB Najib disingkatkan, saksi positif COVID-19
Perbicaraan kes rasuah Najib membabitkan dana 1MDB disingkatkan hari ini setelah Mahkamah Tinggi diberitahu seorang saksi utama dijangkiti COVID-19.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 November 2023.
Kes 1MDB Najib: 6 Nov keputusan permohonan pendakwaan pinda tiga pertuduhan
Mahkamah Tinggi menetapkan 6 Nov untuk keputusan berhubung permohonan pihak pendakwaan meminda tiga pertuduhan membabitkan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram perbicaraan 1MDB.
Najib tutup akaun selepas pindah RM162 juta wang haram hasil 1MDB - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib telah menutup satu akaun miliknya di Ambank selepas memindahkan lebih RM162 juta iaitu wang haram hasil daripada dana 1MDB GIL ke dalam akaun baharunya.
Perbicaraan kes dana 1MDB Najib: Pegawai penyiasat dijangka beri keterangan esok
Pegawai penyiasat bagi skandal 1MDB dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan kes penyelewengan RM2.3 bilion yang dihadapi Najib Razak, esok.
Sebahagian wang pinjaman 1MDB masuk ke akaun peribadi Najib - Penganalisis BNM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa lebih GBP9.45 juta wang pinjaman 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.