KUALA LUMPUR: Sejumlah lapan kluster baharu dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan 1,199 kluster dilaporkan dalam negara sejak awal tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, ketika ini terdapat 472 kluster yang masih aktif.

"Lapan kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan lima kluster tempat kerja, dua kluster berkaitan pusat tahanan dan satu kluster berkaitan komuniti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Perincian kluster-kluster baharu COVID-19 seperti di bawah:

1. KLUSTER KEMUNING ENAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Bukit Kemuning, Batu 6, Shah Alam, Petaling.

Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 123 individu telah disaring, di mana 44 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2.KLUSTER JALAN SUNGAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Sungai Chua, Kajang.

Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 108 individu telah disaring, di mana enam kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER INDUSTRI INANAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-299,355) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tuaran, Inanam, Kota Kinabalu.

Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN INDUSTRI TIGA PONTIAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-312,623) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Industri 3, Kawasan Perindustrian, Pekan Nenas, Pontian.

Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 198 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER TAPAK BINA JALAN SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan 1/13A, Jalan Klang Lama, Lembah Pantai.

Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN AWANG

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Awang Ramli Amit, Sibu.

Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 42 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER DTI PERSIARAN WAWASAN

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kangar di Perlis. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-310,097) dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan sebuah DTI yang terletak di Persiaran Wawasan, Kangar.

Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER KIBA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-304,043) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Ulu Durin Kiba, Sibu.

Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana 33 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.