[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

8 maut akibat letupan di kilang di China

Bernama 20/01/2024 | 13:15 MYT
Insiden berlaku awal pagi Sabtu di sebuah bengkel pengeluaran milik syarikat Shenrong Metal Technology Limited. - Gambar hiasan
BEIJING: Seramai lapan orang terbunuh selepas sebuah kilang di wilayah Jiangsu di timur China meletup pada Sabtu, lapor Sputnik memetik China Central Television (CCTV).
Sementara itu, lapan lagi individu dilaporkan mengalami cedera ringan.
Insiden berlaku awal pagi Sabtu di sebuah bengkel pengeluaran milik syarikat Shenrong Metal Technology Limited, menurut laporan itu.
Siasatan berhubung punca kejadian sedang dijalankan.
-- BERNAMA
#China #letupan kilang #angka korban #Shenrong Metal