NATIONAL
80 keluarga hilang tempat tinggal akibat ribut di Kinabatangan
Salah sebuah rumah yang hampir ranap dalam gempa bumi yang melanda Ranau pada Jumaat lalu. - Gambar Bernama
Sebanyak 320 orang daripada 80 keluarga hilang tempat tinggal selepas perumahan pekerja Ladang Tung Hup di sini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut pada petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt.Sahak Rahmat berkata polis menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 2.20 petang.
Katanya hujan lebat dan angin kencang tersebut juga telah meranapkan bumbung tapak semaian kelapa sawit dan bangunan kilang di kawasan ladang tersebut.
Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan, katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.
Beliau berkata mangsa terlibat menumpang di rumah jiran dan ditempatkan di rumah kosong berhampiran untuk sementara waktu.