MALAYSIA
80 murid tidak didaftarkan UPKK 2025, sekolah agama beroperasi tanpa kebenaran - Jakim
Sirajuddin berkata perkara itu disahkan selepas pihaknya melakukan semakan silang dan perbincangan bersama Bahagian Pendidikan Islam JAIS, selaku agensi pelaksana KAFA di negeri itu. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan 80 murid Sekolah Rendah Islam al-Afsari di Saujana Putra, Puchong tidak didaftarkan untuk menduduki Ujian Penilaian al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) Tahun 2025, selain sekolah berkenaan beroperasi tanpa pendaftaran dan kebenaran sah.
Ringkasan AI
Ketua Pengarah JAKIM Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata perkara itu disahkan selepas pihaknya melakukan semakan silang dan perbincangan bersama Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selaku agensi pelaksana KAFA di negeri itu.
Beliau berkata murid terbabit tidak didaftarkan sebagai calon UPKK Tahun 2025 melalui sistem rasmi pendaftaran calon, iaitu Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI), walaupun sekolah telah menghantar surat rayuan pada 15 Okt.
"Sekolah tersebut tidak memenuhi kriteria pendaftaran sekolah agama Islam swasta di Negeri Selangor sebagaimana diperuntukkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Selangor 1988," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sirajuddin berkata JAKIM mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah pada Isnin lepas bagi memperjelaskan keadaan.
Beliau berkata pihak sekolah dimaklumkan bahawa peperiksaan UPKK dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard peperiksaan peringkat kebangsaan yang ditetapkan oleh Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dan tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1942, bagi memastikan kerahsiaan dan integriti peperiksaan.
Selain itu, JAKIM turut menjelaskan bahawa murid terlibat tidak dapat menduduki UPKK Tahun 2025 kerana semua calon telah didaftarkan dan diberikan nombor giliran melalui SIMPENI sebelum pelaksanaan ujian lisan di samping Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) serta ujian lisan al-Quran (UPKK01) telah dilaksanakan.
"Ujian bertulis UPKK dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 20 Nov 2025 dan semua kertas peperiksaan telah diedarkan ke seluruh negeri berdasarkan bilangan calon serta pusat peperiksaan yang berdaftar," katanya.
Sirajuddin berkata pihak sekolah turut diberitahu bahawa perakuan pendaftaran hanya boleh diberikan sekiranya mendapat sokongan agensi berkaitan seperti yang digariskan dalam Garis Panduan Pengurusan Am (Pendaftaran dan Penubuhan) serta Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Beliau berkata JAKIM dan JAIS turut menasihati agar murid yang terlibat dipindahkan ke sekolah yang berdaftar di bawah pihak berkuasa agama negeri dan didaftarkan sebagai calon menumpang bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan UPKK.
Sirajuddin berkata pihak sekolah diminta meneliti semula semua keperluan dan tatacara pendaftaran bagi mengelakkan perkara seumpama ini berulang. JAKIM bersedia memberikan panduan dan khidmat nasihat.
Beliau turut menyeru ibu bapa agar lebih peka dan proaktif dalam memastikan sekolah tempat anak-anak menimba ilmu berdaftar secara rasmi dengan pihak berautoriti agama negeri.
"Pendaftaran rasmi bukan sahaja memastikan kelancaran urusan peperiksaan, tetapi turut menjamin kualiti pendidikan, kebajikan murid, serta pengiktirafan sah terhadap sijil dan keputusan peperiksaan," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- JAKIM mengesahkan 80 murid Sekolah Rendah Islam al-Afsari di Saujana Putra, Puchong tidak didaftarkan untuk menduduki Ujian Penilaian al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) Tahun 2025, disebabkan sekolah beroperasi tanpa pendaftaran sah.
- Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Sirajuddin Suhaimee, menyatakan murid terbabit tidak memenuhi kriteria pendaftaran sekolah agama Islam swasta di Negeri Selangor, menurut Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Selangor 1988.
- JAKIM menasihati agar murid yang terlibat dipindahkan ke sekolah yang berdaftar di bawah pihak berkuasa agama negeri untuk menduduki peperiksaan UPKK dan menyeru ibu bapa untuk memastikan pendaftaran sekolah secara rasmi demi kualiti pendidikan yang lebih baik.