ALOR SETAR: Sebanyak 80 peratus penduduk Langkawi perlu mendapat suntikan vaksin COVID-19 bagi membolehkan gelembung perjalanan dilaksanakan di pulau itu apabila rentas negeri dibenarkan dan sempadan negara kembali dibuka.
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, untuk mencapai peratusan itu, kerajaan negeri bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi memastikan kira-kira 61,000 penduduk Langkawi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
"Kita sudah selaraskan di peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah yang dikendalikan oleh pegawai daerah untuk sediakan pusat pemberian vaksin (PPV) bagi mempercepatkan pemvaksinan kepada penduduk pulau itu.
Selepas proses vaksinasi di Langkawi selesai, barulah rakyat yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin boleh memulakan percutian ke Langkawi, Insya-Allah bermula September ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri melalui aplikasi Zoom di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata syarikat penerbangan Qatar Airways juga telah menyatakan kesediaan untuk bersama melaksanakan gelembung perjalanan di Langkawi, dengan menyediakan tujuh penerbangan seminggu dari 121 destinasi antarabangsa ke pulau legenda itu.
"Semalam pihak mereka (Qatar Airways) sudah berjumpa dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk menyatakan komitmen mereka itu dan kita harap dapat bersedia untuk melaksanakan gelembung perjalanan ini selepas program vaksinasi di Langkawi selesai," katanya.
Muhammad Sanusi berkata pembangunan semula sektor pelancongan di Langkawi perlu diberi perhatian memandangkan saingannya iaitu Krabi dan Phuket di Thailand juga dijangka dibuka tidak lama lagi.
"Kita kena pastikan Langkawi juga akan menjadi destinasi pilihan pelancong domestik atau antarabangsa sebaik sahaja perjalanan rentas daerah dan negeri dibenarkan," katanya.
Sementara itu Muhammad Sanusi memberitahu semua PPV di Kedah mempunyai keupayaan untuk melakukan 80,000 suntikan vaksin seminggu.
"Tapi setakat ini Kedah menerima kira-kira 29,000 (dos) bekalan vaksin seminggu daripada MOSTI dan kita dijanjikan untuk mendapat 52,000 (dos) bekalan vaksin dalam sebulan. Saya yakin pihak menteri di MOSTI sedang bertungkus lumus untuk pastikan bekalan vaksin sampai dalam masa ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021
Pembangunan semula sektor pelancongan di Langkawi perlu diberi perhatian memandangkan saingannya iaitu Krabi dan Phuket di Thailand juga dijangka dibuka tidak lama lagi. - Gambar fail
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Bekas banduan ragut di Klang, lari ke Langkawi sebelum diberkas
Suspek diberkas kira-kira jam 12.30 tengah hari di kawasan sekitar Pekan Kuah, Langkawi sebelum dibawa pulang untuk siasatan lanjut.
Lelaki Palestin tidak mengaku salah cederakan rakan senegara
Seorang lelaki warga Palestin mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan rakan senegaranya hingga parah bulan lalu.
LTdL 2024 sah bermula di Langkawi tamat di Sarawak
LTdL akan kembali ke bumi Langkawi, destinasi yang akan menjadi lokasi pembukaan perlumbaan peringkat pertama.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Dua projek infra bernilai lebih RM137 juta di Langkawi dijangka siap ikut masa - KKR
Dua projek infrastruktur di Langkawi bernilai lebih RM137 juta dijangka siap mengikut masa yang ditetapkan iaitu pada Januari tahun hadapan.
Jambatan Sungai Peranginan Oriental Village, Langkawi dibuka
Jambatan Sungai Peranginan Oriental Village di Langkawi yang dibina bagi mengatasi masalah kesesakan mula dibuka kepada pengguna jalan raya.
Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi
Fahmi berkata Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu pernah berdiam diri ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia pada 2020.
Lelaki warga AS didakwa hasilkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di Langkawi
Seorang lelaki warga Amerika Syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap seorang kanak-kanak.
Raja Harald V jalani prosedur memasang perentak jantung sementara
Raja Norway, Raja Harald V dilaporkan memasang perentak jantung (pacemaker) sementara pada Sabtu di Hospital Maliha, Langkawi.
Raja Norway kian pulih, masih dirawat di Langkawi
Tumpuan sekarang ialah memastikan Raja boleh pulang ke Norway dengan menaiki kapal terbang dalam beberapa hari akan datang.