awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

80 peratus penyeludup rokok di Selangor adalah warga asing

Bernama
Bernama
15/12/2013
05:01 MYT
80 peratus penyeludup rokok di Selangor adalah warga asing
Seramai 80 peratus daripada 114 orang yang ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor kerana menyeludup rokok dari Januari hingga November, adalah warga asing.
Pengarahnya Badaruddin Mohamed Rafik berkata daripada jumlah itu 35 telah dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.
"Sepanjang tempoh berkenaan juga, jabatan merampas rokok putih dan rokok kretek bernilai RM4.9 juta melibatkan cukai RM28.5 juta dalam 313 serbuan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Operasi Bersepadu Membenteras Rokok Seludup 2013 di sini, Ahad.
Operasi yang akan diadakan selama dua minggu itu turut melibatkan Jabatan Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Selangor.
Beliau berkata pada tahun lepas, pihaknya melakukan 226 serbuan dan merampas rokok putih dan kretek bernilai RM8.4 juta melibatkan cukai bernilai RM26.6 juta.
Katanya, perbezaan nilai rampasan rokok dan cukai yang terlibat dalam serbuan pada tahun ini dan pada tahun lepas adalah kerana kerajaan telah menaikkan cukai rokok pada tahun ini.
Topic Berkaitan
#Akta Kastam 1967
#roko
#seludup
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan