awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

80 rumah setinggan terbakar, 669 penduduk tinggal sehelai sepinggang

Sinar Harian
Sinar Harian
01/03/2025
03:15 MYT
80 rumah setinggan terbakar, 669 penduduk tinggal sehelai sepinggang
Seramai 669 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang mereka didiami musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Cempaka di Likas pada awal pagi Sabtu. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Seramai 669 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang mereka didiami musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Cempaka di Likas di sini pada awal pagi Sabtu.
Dalam kejadian sehari sebelum umat Islam menyambut Ramadan itu, kira-kira 80 rumah setinggan tidak dapat diselamatkan susulan api merebak dengan pantas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.41 pagi.
Katanya, seramai 11 anggotanya dan dibantu 16 anggota BBP Kota Kinabalu di kejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh lima kilometer dari BBP Lintas.
"Menurut anggaran ketua kampung dan mangsa yang terlibat, sebanyak 80 rumah setinggan jenis tidak kekal musnah terbakar dalam kejadian ini.
"Menurut maklumat, jumlah awal mangsa yang terjejas adalah seramai 669 orang terdiri daripada 139 keluarga," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Agustavia berkata, tiada mangsa terlibat dimaklumkan setakat ini.
"Operasi memadam api dilakukan dengan menggunakan sumber air terbuka dari sungai berhampiran dan air dari tangki jentera.
"Maklumat terkini akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Kampung Cempaka
#rumah setinggan
#api merebak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan