MALAYSIA
81 kontinjen, 14,010 peserta meriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2025
Penganjur menyediakan 15,000 petak letak kereta, selain 8,000 tempat duduk bertingkat berbanding, serta 12 skrin LED untuk tontonan.
PUTRAJAYA: Perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya bakal disertai 81 kontinjen melibatkan seramai 14,010 peserta, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Julina Johan.
Ringkasan AI
Bertemakan “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni”, acara kemuncak sambutan itu akan mempamerkan 437 aset, termasuk 116 aset haiwan, 78 kenderaan tempatan serta kenderaan elektrik pemasangan tempatan, selain diiringi 21 kumpulan pancaragam.
Julina berkata, antara tarikan ialah tujuh kereta berhias mewakili pelbagai agensi dan kementerian, antaranya Kementerian Luar Negeri (Kepengerusian ASEAN), Kementerian Pelancongan (Visit Malaysia 2026), Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Beliau memaklumkan kontinjen akan berkumpul di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum berarak ke arah Masjid Putra dengan jarak sejauh 2.1 kilometer.
Bagi kemudahan orang ramai, pihak penganjur menyediakan 15,000 petak letak kereta, serta 8,000 tempat duduk bertingkat berbanding 4,000 pada tahun 2024, selain 12 skrin LED untuk tontonan.
“Mungkin tidak dapat menampung (semua pengunjung), tetapi kita cuba memberi keselesaan dengan menambah tempat duduk daripada 4,000 kepada 8,000,” katanya semasa taklimat media di sini, hari ini.
Kemudahan pengangkutan turut dipertingkat dengan penyediaan 100 bas ulang-alik, 60 trak makanan, tiga perkhidmatan cruise dan enam teksi air.
Perkhidmatan teksi air percuma disediakan dari Jeti Ayer@8 dan Jeti Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8 ke Jeti Monumen, Presint 2, manakala cruise akan beroperasi dari Jeti Marina, Presint 5 ke Jeti Anjung Floria, Presint 4.
Selain itu, sebanyak 18 khemah perubatan, lima surau dan 200 tandas bergerak turut disediakan bagi keselesaan pengunjung.
Acara dijadual bermula seawal 7 pagi, dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada jam 8 pagi, sebelum keberangkatan pulang pada jam 10 pagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dijadual tiba pada jam 7.50 pagi.
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Ringkasan AI
- Perarakan Hari Kebangsaan bertemakan -Malaysia Madani: Rakyat Disantuni- akan melibatkan 81 kontinjen dengan 14,010 peserta, mempamerkan 437 aset termasuk haiwan, kenderaan tempatan dan elektrik, serta tujuh kereta berhias mewakili pelbagai agensi.
- Kemudahan untuk pengunjung ditambah seperti 15,000 petak letak kereta, 8,000 tempat duduk bertingkat, 12 skrin LED, 100 bas ulang-alik, 60 trak makanan, tiga cruise dan enam teksi air percuma, serta 18 khemah perubatan, lima surau dan 200 tandas bergerak.
- Acara bermula jam 7 pagi dengan ketibaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong pada jam 8 pagi, serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 7.50 pagi, dengan laluan perarakan sejauh 2.1 kilometer dari Menara KBS ke Masjid Putra.