MALAYSIA
8,400 premis sertai Rakan Niaga SARA
Lim menjelaskan, bagi memperluas capaian dan memastikan manfaat turut dirasai peniaga luar bandar, pelaksanaan program itu digabungkan dengan Program Jualan Rahmah (PJR) di lapangan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima bantuan, malah turut menggalakkan pertumbuhan ekonomi tempatan melibatkan pasar raya, kedai runcit, kedai koperasi serta pasar mini di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, pelaksanaan program berkenaan di bawah Kerajaan MADANI membuka peluang lebih luas kepada peniaga kecil dan sederhana untuk menikmati limpahan ekonomi hasil daripada peningkatan kuasa beli rakyat.
Menurutnya, sehingga 21 Oktober, jumlah Rakan Niaga SARA meningkat kepada 8,400 premis, berbanding hanya 700 buah kedai pada tahun 2024, dan angka itu dijangka terus bertambah dari semasa ke semasa.
“Ini termasuk pasar raya, kedai runcit, kedai koperasi dan pasar mini di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman untuk memastikan lebih ramai penerima mendapat akses mudah kepada bantuan ini,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, pada Rabu.
Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN–Pengkalan Chepa) yang meminta penjelasan berhubung langkah kerajaan memastikan kedai runcit di kampung tidak terpinggir daripada peluang menikmati perbelanjaan besar di bawah inisiatif berkenaan.
Lim menjelaskan, bagi memperluas capaian dan memastikan manfaat turut dirasai peniaga luar bandar, pelaksanaan program itu digabungkan dengan Program Jualan Rahmah (PJR) di lapangan.
Melalui pendekatan itu, katanya, penerima bukan sahaja menikmati harga barangan keperluan yang lebih rendah, tetapi juga boleh membuat pembelian menggunakan MyKad di premis Rakan Niaga SARA yang turut berfungsi sebagai operator PJR.
"Selain itu, pemilihan premis sebagai Rakan Niaga SARA mengambil kira bilangan penerima bantuan di kawasan berkenaan serta jarak sekurang-kurangnya 10 kilometer antara satu sama lain bagi memastikan liputan yang lebih menyeluruh dan peluang sama rata kepada kedai tempatan.
“Sesi libat urus bersama persatuan dan agensi berkaitan turut dilaksanakan bagi memastikan kedai runcit persendirian dan kedai koperasi turut serta sebagai Rakan Niaga SARA,” jelasnya.
Tambah beliau, antara koperasi yang telah berjaya menyertai program ini ialah Koperasi Penjara Berhad, Koperasi Felcra dan Koperasi Felda Sungai Koyan 2, yang kini memainkan peranan aktif dalam membantu melancarkan pelaksanaan SARA di kawasan masing-masing.

#Inisiatif Sara
#Galakkan pertumbuhan ekonomi
#Manfaat untuk rakyat
#Rakan Niaga SARA
#Dewan Rakyat
#Lim Hui Ying