SEPANG: Sebanyak 32,718 kes atau 85 peratus daripada 38,683 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara sejak 2019 hingga 2022, berjaya diselesaikan secara damai melalui prosiding sulh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata bagi kes-kes yang tidak berjaya diselesaikan melalui prosiding sulh, ia akan dibicarakan di hadapan hakim.
"Antara kes yang berjaya diselesaikan menerusi prosiding sulh ialah pertikaian anak, harta, nafkah dan tuntutan mutaah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Profesional Kursus Kemahiran Sulh-Mediasi dan Pelancaran Skuas Sulh di sini pada Isnin.
"Bayangkan jika tiada sulh mediasi ini, 38,000 kes yang didaftarkan tadi akan terus pergi ke hadapan mahkamah sedangkan kes-kes ini boleh diselesaikan dengan baik melalui sulh-mediasi," tambahnya.
Mohd Na'im berkata sulh bukan sahaja menyelesaikan pertikaian pihak-pihak yang terlibat tetapi lebih daripada itu, contohnya jika melibatkan perebutan hak jagaan anak, pegawai sulh akan turut menekankan bagaimana membina hubungan yang baik demi menjaga kebajikan anak-anak.
"Itu pentingnya sulh berbanding kes hak jagaan anak ini dibicarakan dan dipertikai di hadapan hakim, sedangkan sulh-mediasi diselesaikan dalam kawasan yang tertutup, suasana yang penuh harmoni, maka dalam konteks itu anak itu insya-Allah kita harapkan besar dalam keadaan tenang sejahtera, maknanya walaupun ibu bapa bercerai tapi dapat lihat kepentingan anak," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya Mohd Na'im berkata sulh-mediasi merupakan satu pendekatan yang meraikan pandangan pihak-pihak, mengiktiraf kepentingan, mencari penyelesaian bersama dan mengutamakan pendamaian yang bersifat lestari dalam masyarakat.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan Sijil Kemahiran Sulh-Mediasi kepada 99 pelajar Universiti Sains Islam (USIM) yang menghadiri kursus tersebut selama lima hari dan lulus penilaian mengikut standard yang telah ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2023

Mohd Na'im berkata bagi kes-kes yang tidak berjaya diselesaikan melalui prosiding sulh, ia akan dibicarakan di hadapan hakim. - Gambar fail
Hadimuljono cadang pemberian tanah percuma kepada kedutaan asing
Ketua Pentadbiran Nusantara, Basuki Hadimuljono mencadangkan pemberian tanah percuma kepada kedutaan asing di Kalimantan Timur, yang merupakan lokasi kepada ibu negara baharu Indonesia.
'6 negara, 1 destinasi' untuk perkukuh ASEAN sebagai hab pelancongan - PM Thailand
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra yakin bahawa inisiatif "Enam Negara, Satu Destinasi" yang dicadangkan akan mengukuhkan status ASEAN sebagai hab pelancongan dengan memudahkan akses bagi pelancong antarabangsa dan merangsang sektor pelancongan serantau.
Ekonomi Indonesia: Prabowo rancang 15 projek mega terus dasar hiliran Jokowi
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa pentadbirannya akan meneruskan dasar hiliran yang dirintis oleh Presiden Ketujuh, Joko Widodo (Jokowi), dengan melaksanakan 15 projek bernilai tinggi tahun ini.

Mayat mangsa lemas pertama di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang daripada dua pelajar lelaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus Sungai Perak di Kampung Tepus, Parit, pada Isnin, berjaya dijumpai pada petang Selasa.
Lebih 24,000 pembayar cukai guna sistem e-invois
Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.
Maxis raih untung bersih RM1.4 bilion, meningkat 4.7 peratus
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM 993 juta tahun sebelumnya.
Petronas meterai dua PSC di luar pantai Sabah
Petronas melalui Malaysia Petroleum Management (MPM) menandatangani dua Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) iaitu SB306A dan SB306B di luar pantai Sabah.

Lelaki Thailand, Pakistan kahwin wanita Kelantan catat peningkatan
Data itu diperoleh berdasarkan jumlah permohonan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang yang dibuat oleh warga asing dari kedua-dua negara berkenaan.
"Saya ulang, ini adalah akta rampas rumah!" - Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq membantah undang-undang 'Urban Renewal Act' yang dicadangkan oleh pihak kerajaan. Undang-undang ini beliau rasakan sebagai pengkhianatan terbesar untuk golongan miskin di bandar dan mengatakan ini adalah akta rampas rumah. #SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Hampir 90 peratus kes sulh berjaya diselesaikan pada 2023 - Mohd Na'im
Sebanyak 10,607 kes atau 88.98 peratus daripada 11,921 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara tahun lepas berjaya diselesaikan secara damai.

85 peratus kes sulh antara 2019 hingga 2022 berjaya diselesaikan
Sebanyak 32,718 kes atau 85 peratus daripada 38,683 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara sejak 2019 hingga 2022, berjaya diselesaikan secara damai melalui prosiding sulh.