MALAYSIA
85 peratus pengguna nikmati penurunan bil elektrik mulai Julai 2025 - PM
Seramai 85 peratus pengguna domestik di seluruh negara akan menikmati penurunan bil elektrik, dengan kadar penurunan sehingga 14 peratus mulai Julai. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan tiada kenaikan bil elektrik untuk rakyat walaupun pelarasan tarif elektrik bermula pada Julai 2025.
Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sebanyak 85 peratus pengguna domestik di seluruh negara akan menikmati penurunan bil elektrik, dengan kadar penurunan sehingga 14 peratus mulai Julai.
"Walaupun tarif elektrik itu bermula Julai 2025, bil elektrik rakyat itu tidak naik. 85 peratus pengguna domestik menikmati penurunan bil elektrik mulai Julai 2025.
"Maknanya ada penurunan sehingga 14 peratus tidak seperti mana yang segelintir fitnah di luar... cukai, tarif itu naik tetapi kos rendah, maknanya bil elektrik rendah.
"Jadi tengok akhir bulan ini, tengok bil elektrik masing-masing... kalau nak mengeluh masa itu dan jangan umpamanya mengandaikan kenaikan. Tiada kenaikan," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian dalam Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Sebelum ini, Suruhanjaya Tenaga (ST) memaklumkan, jadual tarif baharu berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 dan diselaraskan dalam bil elektrik bermula penggunaan bulan Julai 2025.
Kata suruhanjaya itu, lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung bakal menikmati kadar tarif elektrik yang lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027.