MALAYSIA
85,000 warga Bangladesh di Malaysia bakal undi pos
Pasukan keselamatan berkawal di hadapan bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya Bangladesh di Dhaka. - Gambar fail/ Reuters
KUALA LUMPUR: Kira-kira 85,000 warga Bangladesh yang menetap di Malaysia telah mendaftar sebagai pengundi pos dalam Pilihan Raya Umum ke-13 negara itu yang dijadualkan pada 12 Feb ini.
Ringkasan AI
Ini menandakan kali pertama pengundian secara pos dilaksanakan dalam proses pilihan raya negara Asia Selatan itu.
Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia Manjurul Karim Khan Chowdhury berkata kertas undi bagi mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi pos untuk pilihan raya akan datang melalui aplikasi mudah alih Postal Vote BD telah dihantar ke kediaman dan tempat kerja masing-masing.
"Kira-kira 85,000 warga Bangladesh di Malaysia telah mendaftar dan mengesahkan identiti mereka untuk undi pos. Angka ini mewakili kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan diaspora Bangladesh di Malaysia ketika ini.
"Kertas undi kini mula sampai, dan ada yang sudah menerimanya. Saya sendiri telah menerima kertas undi saya," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Chowdhury berkata pengundi pos boleh mula menanda kertas undi bermula 22 Jan ini, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya Bangladesh mengesahkan senarai calon bagi semua kawasan pilihan raya, dan proses menanda perlu diselesaikan sebelum 26 Jan.
Beliau menambah bahawa kertas undi perlu diposkan semula menggunakan sampul surat pemulangan yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Bangladesh.
Menurut Chowdhury, Pejabat Pos Bangladesh bekerjasama dengan Pos Laju Malaysia melalui Universal Postal Union bagi memastikan proses undi pos berjalan lancar.
"Kedua-dua pihak (Pejabat Pos Bangladesh dan Pos Laju) menjalin komunikasi berterusan sejak mesyuarat pertama mereka yang diselaraskan oleh Suruhanjaya Tinggi pada awal bulan lalu. Mekanisme sama turut dilaksanakan di negara-negara lain," katanya.
Malaysia merupakan negara yang mempunyai diaspora Bangladesh kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi.
Pesuruhjaya Tinggi itu berkata beliau juga menyedari bahawa terdapat warga Bangladesh di Malaysia yang tidak mendaftar untuk undi pos dan merancang pulang ke tanah air bagi mengundi secara fizikal.
Chowdhury berkata pilihan raya umum kali ini merupakan perintiwa penting bagi negara yang mempunyai 180 juta penduduk itu, kerana rakyat Bangladesh akan memilih 300 Ahli Parlimen dan pada masa sama mengundi dalam satu referendum berdasarkan konsensus yang dicapai dalam kalangan parti-parti politik.
Ia merupakan konsensus yang dicapai antara parti-parti politik dan organisasi masyarakat sivil mengenai bagaimana negara akan ditadbir pada masa hadapan. Ia adalah cadangan pembaharuan yang dibangunkan berasaskan semangat kebangkitan rakyat pada Julai-Ogos 2024," katanya.
Pesuruhjaya Tinggi itu berkata Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya Bangladesh, AMM Nasir Uddin turut menulis surat kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Datuk Seri Ramlan Harun, memohon penghantaran seorang pemerhati antarabangsa bagi memantau pilihan raya umum akan datang.
"Bangladesh mengalu-alukan sokongan Malaysia bagi pilihan raya ini kerana kami amat mengagumi dan mempercayai pengalaman serta keupayaan Malaysia untuk melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil," katanya.
Lebih 127 juta pengundi berdaftar dijangka menunaikan tanggungjawab untuk memilih kerajaan baharu dan menggantikan kerajaan interim yang mentadbir sejak bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina digulingkan dan meninggalkan negara itu pada Ogos 2024.
Daripada jumlah itu, 1.53 juta telah berdaftar sebagai pengundi pos. Mereka terdiri daripada ekspatriat, kakitangan kerajaan yang bertugas di luar kawasan pilihan raya masing-masing, petugas pusat mengundi dan individu dalam tahanan sah.
Kempen pilihan raya dijangka berlangsung dari 22 Jan hingga 10 Feb.
Pilihan Raya Umum ke-13 Bangladesh menarik penyertaan besar kira-kira 2,568 calon. Majoritinya daripada parti politik, dengan 51 parti menaja 2,090 calon, manakala 478 lagi bertanding sebagai calon Bebas.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Lebih 85,000 warga Bangladesh di Malaysia mendaftar sebagai pengundi pos dalam Pilihan Raya Umum ke-13 Bangladesh yang bakal berlangsung pada 12 Feb sebagai inisiatif pertama dalam sejarah negara Asia Selatan itu.
- Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Manjurul Karim Khan Chowdhury menyatakan bahawa kertas undi telah dihantar melalui aplikasi mudah alih Postal Vote BD, dengan pengundian pos bermula pada 22 Jan hingga 26 Jan.
- Malaysia, dengan diaspora Bangladesh kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi, memainkan peranan penting dalam proses undi pos ini, di mana lebih 1.53 juta pengundi berdaftar untuk memilih 300 Ahli Parlimen dan melibatkan 2,568 calon dalam pilihan raya tersebut.