KUALA LUMPUR: Sebanyak 896 daripada 24,286 laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) berkaitan dos penggalak diterima setakat 15 Jan lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 896 AEFI itu, sebanyak 42 kes menerima kesan sampingan yang serius manakala baki mengalami kesan sampingan minimum.
"Kalau dilihat jumlah dilaporkan itu, 0.4 untuk setiap 1,000 dos diberikan, bagi dos penggalak adalah 0.1 untuk 1,000 dos diberikan manakala kesan sampingan teruk ialah 0.05 bagi 1,000 dos diberikan," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 9.2 juta dos penggalak telah diberikan kepada penerima hingga 15 Jan lepas.
Mengenai laporan miokarditis dalam kalangan kanak-kanak, beliau berkata hanya satu hingga tiga kes bagi setiap 100,000 kanak-kanak mendapat kesan miokarditis hasil vaksinasi, namun akan menjadi 36 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat miokarditis sekiranya tidak divaksin.
Berhubung perkembangan terkini AEFI melibatkan banduan Penjara Kajang, Dr Noor Hisham berkata 13 daripada 18 laporan yang diterima telah selesai disiasat dan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Farmakovigilan Khas Vaksin COVID-19 (JFK) pada 12 Jan lepas.
"Lima laporan lagi termasuk yang melibatkan kematian masih dalam siasatan...sementara hasil penilaian JFK berdasarkan laporan siasatan diterima, 10 daripada kes tersebut (selesai disiasat) dikenal pasti bukan disebabkan vaksin yang diterima banduan.
"Bagi tiga laporan lagi, kesan advers hanya berkemungkinan berlaku disebabkan oleh vaksin yang diambil," katanya.
Sementara itu, Khairy berkata setiap laporan AEFI melalui proses terperinci bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan siasatan termasuk bedah siasat dan pandangan klinikal sebelum mengesahkan sama ada kes disebabkan vaksin atau sebaliknya.
Ditanya mengenai kebimbangan masyarakat berhubung dos penggalak yang dikaitkan dengan beberapa berita kematian yang tular dalam media sosial, Khairy berkata KKM akan mengeluarkan semua data AEFI berkaitan dos penggalak.
Sambil menyatakan sebahagian besar berita yang tular tiada kaitan dengan vaksinasi, beliau berkata KKM akan menjalankan siasatan rapi terutamanya membabitkan kes kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengadakan sidang media di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Hanya 4 kes AEFI serius babit kanak-kanak di Perak
Bagi remaja pula, sebanyak 23 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama.
Hanya 31 kes AEFI penerima vaksin COVID-19 kanak-kanak setakat ini
Jumlah itu merupakan daripada keseluruhan 1.76 juta atau 49.8 peratus kanak-kanak yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 sehingga 2 Ogos lepas.
AEFI: JFK dapati tiada hubung kait kematian dengan dos penggalak
Penilaian terhadap 25 laporan yang telah lengkap penyiasatan dan mendapati kes-kes kematian terlibat tiada hubung kait dengan vaksin dos penggalak COVID-19 yang diterima.
25 laporan AEFI libat kematian tiada kaitan dengan dos penggalak
25 laporan itu adalah daripada 56 laporan AEFI melibatkan kematian dalam kalangan penerima vaksin dos penggalak yang diterima NPRA bagi dilakukan penyiasatan dan penilaian.
Majoriti AEFI golongan kanak-kanak tidak serius - NPRA
Majoriti atau 97 peratus daripada 207 laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) vaksin COVID-19 bagi golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang diterima tidak melibatkan kesan serius.
451 laporan AEFI selesai disiasat dan dinilai, tiada kes kematian hubung kait dengan vaksin
156 laporan lagi masih dalam proses penyiasatan sebelum dinilai oleh Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK).
Hanya dua dalam sejuta kanak-kanak alami anafilaksis selepas vaksin - Dr Musa
Beliau berkata demikian berikutan terdapat segelintir ibu bapa bimbang dengan risiko implikasi daripada kedua-dua jenis vaksin berkenaan.
AEFI: 22 daripada 45 laporan kematian tiada kaitan dos penggalak
Rumusan terhadap 22 kematian itu telah dinilai Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK) manakala 23 laporan kematian lagi sedang dalam proses untuk dilengkapkan.
Lapor, dapatkan rawatan jika alami kesan serius vaksin - KP Kesihatan
Penerima vaksin COVID-19 yang mengalami kesan sampingan serius atau berpanjangan dinasihat merujuk kepada fasiliti kesihatan berhampiran dan mendapatkan rawatan segera.
PICKids: Kadar laporan AEFI 0.1 bagi setiap 1,000 dos - NPRA
Kadar pelaporan AEFI bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang mendapat suntikan vaksin melalui PICKids direkodkan pada 0.1 laporan bagi setiap 1,000 dos.