9 dikhuatiri terperangkap selepas bangunan dalam pembinaan runtuh

Dewi Nur Harasha Alias
November 28, 2023 15:27 MYT
Sembilan individu dikhuatiri terperangkap selepas bangunan yang dalam pembinaan runtuh di Tapak Pembinaan Bangunan DHL, berhampiran LKIM di Bayan Lepas, Pulau Pinang malam ini. - Foto JBPM
BAYAN LEPAS: Sembilan individu dikhuatiri terperangkap selepas bangunan yang dalam pembinaan runtuh di Tapak Pembinaan Bangunan DHL, berhampiran LKIM di Bayan Lepas, Pulau Pinang malam ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.58 malam tadi dan kerja- kerja penyelamatan sedang dijalankan ketika ini.
Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, BBP Seri Balik Pulau dan BBP Jalan Perak (Bantuan) bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan.
"Maklumat awal terdapat sembilan orang mangsa terperangkap dan kerja-kerja penyelamatan sedang dilakukan.
"Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa," kata kenyataan tersebut.
#bangunan runtuh #apak Pembinaan Bangunan DHL #Bayan Lepas #terperangkap #pulau pinang