[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

9 maut dalam kebakaran gudang di timur China

Bernama 08/12/2024 | 07:34 MYT
Kebakaran itu berlaku pada Sabtu di gudang milik sebuah syarikat tempatan bernama Lanrun di bandar Rongcheng, menurut jabatan pengurusan kecemasan tempatan. - Gambar hiasan
JINAN: Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan dan disahkan meninggal dunia pada pagi Ahad, lapor Xinhua.
Kebakaran itu berlaku pada Sabtu di gudang milik sebuah syarikat tempatan bernama Lanrun di bandar Rongcheng, menurut jabatan pengurusan kecemasan tempatan.
Punca kejadian sedang disiasat.
-- BERNAMA
#kebakaran besar #China #angka korban #Shandong